Bab 67

123 7 1
                                    

"Aku tahu benda tu pahit tapi elok untuk lidah kau tu.Tunggu je lebih kurang few sec and rasa dia macam desert yang sedap.Trust me." kata Ame dengan lembut

Darwish masih lagi mengisap sehingga dia terkaku apabila terasa seperti tiramisu.Ame yang perasan riak wajah Darwish yang terpampam namun kelihatan teruja seperti kanak-kanak baru dapat adik baharu sahaja.

'Tiramisu?Macam mana dia tahu aku memang suka makan tiramisu?' getus Darwish

"Sedap.Betul lah apa kau kata.Dia rasa pahit mula-mula tapi dah lama rasa macam..." kata Darwish

Dia mula merasa semula kerana kurang pasti akan lidah nya yang terluka sedikit.Ame hanya tersenyum sebelum menguyah coklat tersebut dengan perlahan untuk mendapat nikmat perasa yang muncul dengan serentak.

"Macam tiramisu?Yup, memang rasa macam tu.Aku pun mula-mula macam kau, nak muntah bila rasa pahit tu tapi lama-lama rasa manis desert." potong Ame

Darwish mengangguk kepala nya sebelum menghayati rasa coklat tersebut.Ame tersenyum kecil sebelum membuang pembalut plastik.

'Dia ni still tak nak bla ke macam mana?Sudah lah aku ada hal lepas ni.Nasib baik lah kelas akhir,  kelas abi kesayang kitorang.' gumam Ame

 Ame terus duduk di hadapan Darwish yang masih lagi leka menguyah coklat yang diberi oleh nya .Darwish masih tidak sedar Ame duduk di hadapan nya malah tersenyum suka apabila mendapat pencuci mulut kegemaran nya.

'Kenapa muka dia nampak familiar sangat?Ke aku yang silap pandang?' desis Ame sambil menongkat dagu

"Urm... Darwish." panggil Ame

"Hmm." sahut Darwish

Ame yang pada mula nya tenang terus menjadi tidak keruan apabila melihat anak mata Darwish.Bukan hati ais nya sudah cair atau apa tetapi dia berasa sedikit janggal apabila keadaan mereka yang berdiam sahaja.

"Lepas ni, kita pergi bilik meeting kan?" tanya Ame

Darwish mengangguk kepala nya tanpa mengeluarkan suara walau sedikit pun.Dia sebenarnya ingin menghayati rasa tiramisu kegemaran nya.

'Aik?Aku tanya dia angguk je.Siapa jadi tunggul sekarang ni?' monolog Ame

Ame berasa ingin merenjat seseorang sekarang ini namun dia tidak mahu.Takut karang ada yang jadi arwah dan masuk dalam buletin utama pula.Namun, bagus apa kalau jadi arwah terus, bolehlah dia terlepas daripada kahwin keluarga ni.

"Darwish.Kau still marah lagi ke dekat aku?" tanya Ame

Namun pertanyaan nya dibawa oleh angin bayu.Darwish terdiam apabila Ame menanyakan soalan seperti itu.Bukan dia tidak mahu jawab namun dia ingin memberi masa kepada Ame untuk bertenang sebenarnya.

"Kau memang tak nak jawab ke macam mana?" tanya Ame lagi

Darwish cuba menahan diri nya daripada melepaskan amarah nya pada Ame.Dia tahu Ame seperti ingin berbaik dengan nya namun entah apa yang perempuan itu memikirkan.

Ame dapat merasakan perasaan nya bercampur aduk apabila diri nya tidak dipedulikan oleh Darwish.Terus dia menunduk wajah nya dengan menarik hood sehingga tidak dapat melihat wajah nya.

Entah kenapa dia berasa sangat bosan apabila tidak bercakap dengan Darwish untuk sepuluh hari.Cukup-cukup sahaja dia menafikan kesedihan nya pada Keysha, Syah, Yanna, Qasha, Lia, Helen dan Iris sendiri.

"Hiks...hiks..."

Ame cuba menahan diri nya daripada mengeluarkan bunyi namun entah kenapa dia tidak mampu.Darwish terus mencari bunyi orang menangis namun pandangan nya terarah pada Ame yang sedang menunduk sehingga tidak menampakkan wajah nya.

Miss Sliver HighWhere stories live. Discover now