Bab 55

112 10 11
                                    

'Aku mintak maaf,Fikah.' desis Darwish

Lantas dia menarik tangan Ame ke tingkat atas namun sempat dia berkata sesuatu yang mampu membuat semua orang tergamam untuk seketika.

"Jangan pernah menghina orang.Biarpun dia ada kekurangan di mata semua orang, tapi tidak mata aku pun malah ia adalah satu semangat baru untuk Fikah.Dan aku lebih berminat untuk berkenalan dengan ayah mertua aku iaitu daddy Fikah.Senang cakap je lah, aku lebih suka perempuan bertudung,berdikari dan langsung tidak suka menyusahkan sesiapa walaupun sakit sekalipun macam Fikah.Kau langsung tak ada hak untuk halang siapa untuk dia buat sebab ni rumah dia bukan rumah kau pun.Maklum lah kau ni kan hanya tetamu tapi aku ni lebih kepada tetamu." terang Darwish dengan dingin

Ame yang perasa riak wajah Darwish menjadi beku membuat dia memeluk lengan Darwish tanpa sengaja.Lagipun dia hampir-hampir sahaja ingin terjatuh akibat tarikan kuat daripada si tunang.

"M..ma..maa..maaf.." pohon Ame dengan tergagap

Darwish hanya tersenyum kecil sebelum mengangkat sedikit kening nya. Ame yang faham akan isyarat tersebut, hanya mengangguk kepala lalu bergerak ke atas sambil menunduk kepala.Dia langsung tidak tahu kenapa dia berasa amat malu apabila ada yang mempertahankan diri nya.

'Tak mungkin!!Lagipun nyawa aku bukan lama pun.Entah sempat untuk melihat senyuman di wajah itu muncul lagi selepas ini atau tidak?' bisik hati Ame

"Sokay lah.Tapi kalau pasal adik kau yang menyorok tepi dinding tu, jangan risau lah.Lagipun mamat hati kayu tu tak mungkin buat benda yang Ryyana mengembek teruk.Jadi, kau jangan lah rasa bersalah sangat dengan diri kau sebab buat budak tu nangis sampai meleleh hingus.Pengotor juga adik kau tu bila nangis." pujuk Darwish dengan terselit kutukan untuk Yanna

Ame yang mendengar ayat spontan dari mulut Darwish, terus terletus gelaknya sehingga tersenyum tanpa sedar.Darwish hanya mampu membalas senyuman tersebut dengan hati yang senang.

'Memang nampak sesuai je bila minah ni gelak.Cantik rasa nya bila dia senyum macam tu.' getus Darwish

Situasi Yanna & Iqram

Iqram terus menepuk bahu Yanna sebelum memandang nya dengan penuh tenang.Yanna terus mengalih pandangan nya lalu mengelap air mata nya dengan tapak tangan nya.Lagipun dia tak nak dipandang lemah di mana-mana mata pun.

"Kau nak apa, hah!?Kalau nak berdebat pidato, aku tak nak pun.Not in mood." kata Yanna dengan kasar

Iqram yang mendengar terus mengemgam tangan nya dengan erat sekali.Baru sahaja ingin memujuk budak cengeng namun terbantut apabila Yanna merosakkan plan nya.Dalam hati, dia cuba untuk elakkan diri nya untuk mengenakan budak dihadapan nya.

'Sabar,Syaq.Ingat yang tujuan utama kau.Untuk kali ni sahaja kau baik, lepas tu nak jahanam kan dia pun tak apa, kan?' gumam hati Iqram

"Aku tahu kau sedih tapi kau mesti ingat siapa yang akan sokong kau?Siapa yang akan buat hari kau penuh suara?Kakak kau kan?Macam tu jugak apa yang dia rasakan sebenarnya.Tapi tiada siapa sedar yang sebenarnya dia cuba buat seperti tu untuk tengok orang yang dia sayang tersenyum dan sentiasa bersemangat.Aku ni bukan pandai mana pun bab pujuk orang tapi ada sesuatu yang aku nak bagitahu sebenarnya." terang Iqram dengan tenang

Yanna hanya memandang Iqram dengan penuh kemusyikilan sebenarnya.Tapi dia hanya mendiamkan sahaja daripada bersuara.

"Kau kira beruntung tahu tak?"  kata Iqram

"Asal pulak?Bagi aku benda yang paling beruntung adalah tengok Fikah bahagia dengan orang dia sayang tapi aku yakin dia tak mungkin akan hidup dengan lelaki." ujar Yanna tanpa nada

Miss Sliver Highजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें