Bab 34

84 10 0
                                    

Ame yang melihat riak wajah Keysha yang terlampau bingung dengan apa yang dipercakapkan sebentar tadi.Dia tersenyum sumbing apabila Keysha masih belum dapat tangkap ayat yang dikatakan oleh Ame.

"Aduh budak ni nak sis ketut dekat kepala tu jugak ke?" tanya Keysha sambil mengangkat tinggi senduk nya itu

Ame tersentak melihat senjata kegemaran Keysha muncul.Tapi yang dia pelik bila masa Keysha ketuk dia dengan senduk, bukan tadi sudip masak ke?

'Mana pulak minah ni dapat senduk tu pulak?Rasanya ada dalam laci bawah tapi time bila pulak dia ambil?' bingung Ame

"Jap, jap, jap.... Ame nak tanya.Mana Key dapat senduk plus sudip masak tu, eh?Rasa nya benda-benda tu ada dalam laci bawah.Tapi macam mana boleh ada dekat tangan sis?" tanya Ame bertubi-tubi

"Entah lah,Aku inda tahu apa-apa.Ani pun aku inda tahu jumpa di mana?Dan aku inda takanang." ujar Keysha dalam bahasa Brunie

'Ah... sudah.Asal lah Key balas dendam pada adik mu yang cantik lagi comel ini.Dah lah aku lambat tangkap bahasa Brunie.Menyesal aku ponteng kelas Brunie dulu.' desis Ame dengan menyesal

"Haih... pening pulak Ame nak faham bahasa Brunie ni.Mana Key belajar bahasa tu?" tanya Ame dengan musykil.

"Dari moyang google." jawab Keysha dengan polos

Belum sempat Ame ingin berkata, dua makhluk allah yang terlampau anti dengan dapur telah turun dengan muka masam mencuka sahaja.Ame dan Keysha memandang antara satu sama lain sebelum memandang Syah dan Yanna dengan pelik sekali.

"Assalamualaikum wahai kakak-kakak ku yang terlampau rajin di dapur.Bila minuman tu nak bawak naik ke atas?Dah naik kering tekak kitorang tunggu air muncul." bebel Syah sambil menyandar badan nya di peti ais

Yanna tergelak di tepi Syah apabila dia sudah tunjuk belang nya depan Ame dan Keysha.Lagipun siapa langsung tidak kenal Syah yang beloh tahan juga memerli orang sehingga seseorang itu tersendu teruk di bucu dinding.

Ame memandang Keysha dengan pandangan yang penuh makna.Keysha faham akan pandangan Ame hanya menangguk kepala sambil tersenyum manis pada Syah dan Yanna.Syah dan Yanna mula berasa pelik apabila melihat senyuman Keysha yang tiba-tiba terlakar manakala Ame memandang mereka dengan tenang.

"Waalaikumusalam wahai adik-adik kambing kesayangan aku.Kalau nak ikutkan kitorang nak biarkan sahaja sebab tugas aku dan Key hanya membuat air dan makanan manakala tugas korang pulak menghidangkan makanan dan minuman untuk seisi rumah.Tapi korang macam lupa pulak tugas korang nak buat, betul tak.Dan giliran korang untuk masak, banyak pulak alasan korang bagi dekat aku.Tapi aku dengan Key faham korang so kitorang ambil alih, cuma korang je cuba bersabar sikit.Bukan mati pun minuman tu, tapi yang mati nya orang penting dalam hidup kita.Lagipun pernah korang rasa masak semua ni senang ke?Tak pun sebab dengan diri aku sakit aku tak boleh nak buat apa tapi gagahkan diri juga walaupun dah hampir nazak aku masa tu.Sebab aku sayang semua orang jadi aku masak juga walaupun aku tak digalakkan masuk dapur pun." ujar Ame dengan lebar tanpa senyuman terlakar di muka nya

Abang long yang berada di hadapan dapur, tergamam dengan ayat Ame.Langsung dia tidak sangka yang macam tu sekali Ame fikir pada mereka semua sehingga sanggup abaikan kesihatan nya yang semakin merosot demi hari.

Manakala Keysha,Syah dan Yanna terdiam membisu apabila hujahan Ame terkena tepat pada batang hidung mereka bertiga.Lagipun di antara mereka berempat, hanya Ame sahaja yang susah nak luahkan perasaan yang dipendam sejak kematian mummy mereka.Lagipun yang lebih merana adalah Ame bukan mereka pun.

"Kenapa mon amour buat macam tu?" tanya Abang long dengan sebak

Ame tersentak apabila dia langsung tidak sangka yang abang long telah lama berada dekat dapur tanpa mereka sedar.Ame mendiamkan diri sahaja manakala yang lain menunduk kepala mereka dengan perasaan berbelah bahagi.

Miss Sliver HighWhere stories live. Discover now