🍁 •BAB 32•

68.7K 4.1K 447
                                    

"KALAU aku ada duit memang aku dah masuk meminang kau tau." Seloroh Hafeez.

"Eee janganlah. Aku tak nak kahwin dengan kau! Aku dengan kau? Kat rumah nanti jadi gelanggang gusti je. Ee tak mau aku!" Erin sudah buat muka mendengar kata-kata Hafeez. Takut mak.

"Haa tahu pun." Hafeez tahan tawa.

Akhirnya pecah juga tawa semua yang ada di situ dengan gelagat Erin dan Hafeez. Dengan Nuri sekali rasa terhibur sama.

Erin dan Hafeez sebenarnya baru sahaja dinaikkan pangkat naik ke tingkat lima puluh. Sebab itulah boleh jadi geng dengan Nuri.

Dulu Erin dan Hafeez berjauhan. Memang tak ada peluang nak bergaduh. Sekarang meja sebelah-menyebelah. Lagilah senang dua ketul ini nak buka hikayat berdebat di office nanti.

Hahah!

"Jangan gaduh-gaduh. Nanti jatuh sayang. Ya tak kak Amy." Nuri menyenggol bahu Amy di sebelahnya.

Kak Amy terus mengangguk laju. Pecah lagi ketawa mereka melihat Hafeez yang selamba dengan makanannya dan Erin yang sudah macam susu basi sahaja gayanya.

"Ee memang taklah kak." Dalih Erin.

Sedang Nuri asyik mendengar orang-orang di sekelilingnya bergurau senda, matanya tertangkap susuk tubuh yang sangat dia kenali di luar sana.

Tengku Rafael.

Nuri mahu mengangkat tangan ke arah lelaki itu. Namun pandangan lelaki itu pantas berkalih ke arah skrin telefonnya. Lama.

Nuri diam melihat Tengku Rafael yang serius sahaja wajahnya saat menekap telefon di telinga. Entah siapa agaknya yang dia telefon tu.

Tangan menyeluk beg kecilnya. Telefon bimbit dikeluarkan Mahu mesej lelaki itu. Jarinya mula menaip.

-Tengku nak makan kat sini k

Nuri angkat kepala sedikit. Mahu memastikan Tengku Rafael masih di situ. Dan ya. Tengku Rafael diam berdiri di tempatnya. Mata lelaki itu bagai terkedu memandang ke arah seseorang di hadapannya.

Nuri yang bingung dengan reaksi Tengku Rafael terus mengalihkan pandangannya ke arah yang sama. Dan saat itu senyuman di bibir Nuri memudar perlahan-lahan saat terpandangkan perempuan dengan kaca mata hitam besarnya itu. Dada berdetak kuat. Nafas bagai mahu terhenti ketika itu.

Dhiah?

Dhiah seperti mengucapkan sesuatu. Tapi Tengku Rafael diam dengan wajah kosongnya yang tersembunyi seribu satu emosi. Tak lama selepas itu, bibir Tengku Rafael menarik satu senyuman.

Nuri tahu senyuman itu.

Senyuman yang wujud hanya kerana Dhiah.

Dilihatnya lelaki itu menjatuhkan kepala dan berkata-kata sedikit. Kemudian dua manusia itu berjalan beriringan menjauhi pandangan matanya.

Nuri tenggelam dalam rasa. Dunianya penuh keliru. Dalamnya sarat dengan emosi.

Nuri mahu bangun namun pergerakannya terhenti. Lambat-lambat punggung dilabuhkan semula di kerusinya. Sedar dia yang benarkan semua itu berlaku. Sedar yang dia tiada hak mahu menghalang.

Sedar.

Lutut terasa lemah.

Ya Allah.

"Nuri? Nuri okey ke?" Tanya Kak Sally seraya menepuk bahu Nuri.

Nuri tersedar dari dunianya. Lantas dia menarik senyum manis.

"Okey kak. Cuma Nuri rasa kenyang. Banyak dah Nuri makan ni." Ujar Nuri Nafeesa. Masih dengan senyuman.

✓ TENGKU RAFAEL LUTHWhere stories live. Discover now