🍁 •BAB 39•

68.9K 4.1K 318
                                    

NURI merebahkan tubuh di atas katil. Walaupun bilik tetamu ini kecil sedikit berbanding bilik utama, tapi Nuri rasa aman. Tak perlulah dia nak bersemuka dengan Tengku Rafael lagi.

Haih!

Nuri memejam mata. Lama.

Tapi tetap tak boleh tidur. Terus Nuri bangun dan mencapai beg laptop di meja kecil sebelah katilnya.

Wajah Nuri berubah. Serta merta dia menunduk mendekatkan hidung dengan beg laptopnya.

Bau minyak.

Nuri terkaku. Bau ini...

Macam kenal bau ni. Tapi kat mana ya?

Nuri terdiam. Lama.

Serta merta ada suara terus bermain di fikirannya.

"Shh. He's not here. It is just me. Only me!"

"No wonder. You're beautiful."

"Sabar ya sayang?"

Nuri terus menolak beg itu menjauh. Perlahan-lahan dia berundur turun dari katil. Entah di mana salah langkahnya apabila dia jatuh terjelepuk di atas lantai. Nuri geleng kepala laju. Terus dia mengecilkan diri di dinding.

Tubuhnya mula menggeletar. Tangan terasa sejuk dan berpeluh.

Nuri menelan liur. Bau minyak ini sama seperti bau pada lelaki itu.

Tapi, bagaimana bau itu boleh melekat di beg laptopnya?

"Shh. He's not here. It is just me. Only me."

"No wonder. You're beautiful."

"Sabar ya sayang?"

Nuri terus memejam mata rapat. Tangan naik menutup telinga. Semakin menggigil tubuh kecilnya.

Tidak.

Tidak!

"Nuri! Kat sini kau rupanya?" Tengku Rafael baru sahaja mahu menyembur Nuri, namun langkahnya terhenti melihat tingkah Nuri. Perlahan-lahan dia ambil langkah merapati gadis itu.

"Nuri?" Tengku Rafael menelan liur. Tubuh itu menggigil kecil. Wajah Nuri pucat dan ada peluh dingin memercik di dahi.

Kenapa?

"Nuri? Kau okey tak ni?" Tengku Rafael menjatuhkan lutut. Tangan dipanjangkan menyentuh lembut lengan Nuri.

"No! Jangan sentuh saya!" Nuri terus menjauhkan diri dari Tengku Rafael. Berkaca matanya memandang wajah Tengku Rafael.

Tengki Rafael tersentak. Seketika kemudian wajahnya berubah tegang. Tahu ada sesuatu yang tak kena.

"Nuri Nafeesa?" Tengku Rafael mencapai lembut lengan Nuri.

"Jangan sentuh saya Tengku! Jangan." Nuri cuba menjauhkan diri dari Tengku Rafael tapi lelaki itu sudah mencengkam erat lengannya.

"Nuri Nafeesa!"

"Jangan. Jangan sentuh saya! Saya jijik. Saya kotor. Tolong... Tolong jangan pegang saya!" Nuri terus mengalirkan air mata dan mula meronta-ronta. Mahu melepaskan diri dari pegangan Tengku Rafael.

"Shh Nuri. Bawa bertenang Nuri." Tengku Rafael terus menarik Nuri ke dalam dakapannya. Erat. Tak mengendahkan langsung rontaan Nuri.

"Tolong jangan..."

Suara rapuh yang merayu itu membuatkan Tengku Rafael semakin mengeratkan pelukannya di tubuh itu.

"Shh. Tak apa Nuri. Aku ada. Tenang. Tenangkan diri." Tengku Rafael berbisik perlahan di cuping telinga Nuri. Akhirnya Nuri berhenti meronta. Tapi tangisannya semakin memberat. Sayu dan rapuh bunyi tangisan yang menampar gegendang telinga Tengku Rafael.

✓ TENGKU RAFAEL LUTHWhere stories live. Discover now