🍁 •BAB 11•

53.8K 3.7K 381
                                    

NURI NAFEESA memandang ceria lelaki di hadapannya. Sudah lama tidak bersua muka dengan lelaki itu.

Rindu.

"Dah lama tak jumpa awak. Rindu." Luah Nuri Nafeesa. Melebar senyuman di bibirnya.

Ku Irfan meletakkan sudu dan garfu di tepi pinggan. Napkin di sebelahnya dicapai dan mengelap bibirnya.

Diam. Dia mengeluh terpandangkan wajah Nuri Nafeesa. Serta merta, hati diterpa rasa bersalah.

"Nuri..."

"Ya?" Nuri Nafeesa yang sedang memotong steak angkat kepala memandang lelaki itu.

"We need to talk."

Nuri Nafeesa senyum. Terus dia memandang ke arah Ku Irfan. Memandang wajah serius itu.

"Cakap apa?"

Ku Irfan mengeluh lagi. Tangannya mencapai gelas di atas meja dan isi gelas itu diteguk rakus. Membasahkan tekak yang terasa kering.

Nuri Nafeesa tenang menunggu lelaki itu menyambung kata-katanya.

"Saya minta maaf Nuri. I've tried my best for us. Tapi mummy saya tetap berkeras nak saya kahwin dengan pilihan dia. I'm sorry."

Nuri Nafeesa tergamam mendengarnya. Bagai ada pisau mencucuk jantungnya. Sakit. Ya Allah...

"Kenapa If? Apa kurangnya saya?"

Diam. Ku Irfan langsung tidak angkat wajah memandang ke arahnya.

"Oh. Saya faham. Saya ni cuma perempuan kampung. Saya tak layak untuk berada di samping keluarga awak." Nuri Nafeesa senyum perit. Tangannya kembali mencapai garfu dan pisau di atas meja. Kembali memotong steak yang masih bersisa di pinggannya.

"Baguslah kalau awak faham. Kisah kita sampai di sini saja. Maaf Nuri." Ku Irfan kembali memandang wajah Nuri Nafeesa. Mendung. Namun bibirnya masih tersenyum manis.

"Eh tak apa. Saya faham. Lagipun kita bukannya pernah ada apa-apa pun." Nuri Nafeesa senyum nipis. Dia mahu kelihatan kuat. Dia mahu jadi kuat. Mungkin lelaki itu bukannya jodohnya.

"Kalau macam tu. Saya minta diri dulu." Hanya itu kata-kata terakhirnya sebelum dia bangun dan terus berlalu pergi meninggalkan Nuri Nafeesa sendiri.

Nuri Nafeesa terkapar-kapar bersendiri. Fikirnya, dia akan menerima berita baik apabila lelaki itu menelefonnya mahu membawa dia makan malam di hotel. Tapi berita lain pula diterimanya. Berita yang sangat menyakitkan.

Nuri Nafeesa memaksa diri untuk terus tersenyum. Malu apabila tersedar yang dia seorang sahaja yang makan tanpa pasangan di hotel ini. Rasa janggal.

Matanya terasa hangat. Namun digagahi jua untuk menghabiskan makanan di pinggannya.

Sabar Nuri Nafeesa.

Jangan menangis sekarang.

Tapi...

Sampai hati lelaki tu meninggalkannya bersendirian. Bukannya nak hantar aku balik semula. Dahlah malam. Aku nak balik rumah naik apa nanti?

Hati rasa sebal tiba-tiba.

Astaghfirullahalazim. Sabar Nuri Nafeesa. Sabar...

Nuri Nafeesa mengalirkan airmata setitis namun pantas dia menyeka airmata di pipi. Potongan terakhir steak disumbat ke dalam mulut sebelum dia terus bangkit dari duduknya.

Beg tangan di atas meja dicapai dan dia terus berjalan keluar dari hotel itu. Bibirnya tersenyum apabila terserempak dengan bellboy dan beberapa orang pekerja hotel yang lain. Namun rasa sebak dalam hati hanya tuhan sahaja yang tahu.

✓ TENGKU RAFAEL LUTHWhere stories live. Discover now