🍁 •BAB 33•

67.8K 4K 466
                                    

"TENGKU? Tengku dah siap ke belum?" Tanya Nuri seraya mengetuk pintu bilik.

Diam. Tiada respon.

Cis! Dia ingat bilik ini dia seorang je yang punya?

"Tengku? Tengku dah siap ke belum? Saya nak ambil tudung saya ni. Karang lambat, nanti awak juga yang membebel. Kalau Tengku tak nak saya lambat, baik Tengku keluar sekarang." Nuri Nafeesa memuncung apabila masih tiada jawapan yang di terima.

Geram betul.

sebelah tangan naik mencekak pinggang manakala sebelah lagi tangan automatik naik mahu mengetuk pintu kayu itu. Malas sahaja gayanya.

Tok!!!

Tok!!!

Eh.

Berkerut dahi Nuri Nafeesa apabila ketukannya di pintu kayu tadi tiba-tiba dah tak bunyi. Pintu kayu yang keras tadi pun dah macam tak keras sangat. Tapi masih keras.

Pelik.

Nuri Nafeesa pusingkan tubuh dan mahu mengetuk pintu kembali.

"Mak!!" Terjerit Nuri Nafeesa melihat lelaki yang tercongok di muka pintu itu. Saat itu sepasang mata milik Tengku Rafael tunduk memandang dadanya. Automatik Nuri Nafeesa memandang ke arah tangannya.

Allahu!

Nuri Nafeesa tersentak sendiri melihat tangannya di dada bidang lelaki itu. Automatik dia terjerit kecil dan terus menarik tangan ke arahnya.

Oh uh.

Eii tangan! Kau jahat!

"Ma... Maaf Tengku. Saya tak sengaja. Saya cuma ketuk pintu je tadi." Nuri Nafeesa tersengih janggal. Rasa malu pula. Selamba badak kau pergi ketuk dada dia tadi?!

Aduh.

"Ketuk pintu konon. Kau memang sengaja nak pegang aku kan." Bidas Tengku Rafael seraya melangkah keluar dari bilik. Bibirnya sempat menarik senyum lucu melihat wajah blur Nuri Nafeesa.

Aduhai.

Nuri Nafeesa terus buat muka.

Wait what?

Aku memang nak ketuk pintu kut tadi. Bukannya salah aku sebab terketuk pintu hati dia tadi ka...

Nah. Gurau je.

"Awak turunlah dulu. Saya ada buatkan sarapan. Saya nak pakai tudung dulu." Nuri Nafeesa terus boloskan tubuh ke dalam bilik. Dia dah terlewat. Semuanya Tengku Rafael punya pasal.

See.

Perempuan ni selalu betul.

Tengku Rafael yang sedang membetulkan kolar kemejanya cuma angkat bahu melihat tingkah Nuri Nafeesa. Kelam kabut betul.

Kepala menggeleng perlahan sebelum dia melangkah menuruni anak tangga. Mahu ke dapur. Kot yang tergantung di lengannya diletakkan di atas sofa sebelum dia melangkah ke dapur.

Kembang-kempis hidungnya dengan haruman nasi goreng itu. Baunya sedap.

Selalunya dia malas nak bersarapan ni. Tapi sejak kahwin dengan Nuri, baru dia mula bersarapan. Kalau tidak memang taklah dia makan.

Nasi goreng disenduk ke atas pinggan dan dia mula menyuap. Hmm sedap. Dia akui. Masakan Nuri Nafeesa tidak pernah mengecewakan.

Telefon yang berdering lantang itu menarik perhatian Tengku Rafael. Lantas suapan terakhir di habiskan sebelum dia mencapai telefon bimbit di sebelahnya.

Dhiah?

Tengku Rafael menoleh memandang tangga. Nuri Nafeesa masih diatas. Lantas kaki di atur keluar rumah sebelum panggilan itu dijawab.

✓ TENGKU RAFAEL LUTHWhere stories live. Discover now