🍁 •BAB 66•

80K 4.1K 746
                                    

BUDAK LELAKI itu memandang sekelilingnya. Langit di sudah mula terang. Petanda hari baru akan bermula. Bingung. Seketika kemudian dia memandang sekeliling.

"Raf? Raf tak apa-apa ke sayang?"

Budak lelaki itu menoleh. Memandang sepi Raja Khaleeda dan Tengku Rafee yabg berdiri tegak disebelahnya. Wajah dua manusia itu jelas menunjukkan rasa risau.

Tapi dia rasa kosong.

Buat apa Raja Khaleeda dan Tengku Rafee bersama-sama sudi mahu ambil tahu tentang dia. Bukankah selalunya mereka selalu bertengkar sesama sendiri. Langsung tak pedulikan dia.

"Raf. Macam mana boleh tersesat dalam hutan ni? Kan umi dah pesan jangan pergi mana-mana tanpa abang Im dan abang Hezry." Ujar Raja Khaleeda. Dia sudah menggenggam erat tangan kecil anaknya itu.

Budak lelaki itu teringatkan sesuatu. Terus tegak duduknya.

"Umi. Budak perempuan tu. Dia masih ada kat dalam hutan." Beritahu dia laju.

Raja Khaleeda dan Tengku Rafee berpandangan seketika.

"Budak perempuan? Maksud Raf, budak perempuan siapa ni?" Tanya Tengku Rafee lembut.

"Raf sesat dalam hutan dengan budak tu. Dia masih kat dalam hutan. Telefon Raf kat dalam kocek sweater. Sweater Raf ada pada budak tu." Beritahu budak lelaki itu perlahan.

Raja Khaleeda dan Tengku Rafael terus meraup wajah.

"Tolong carikan dia, ayah. Mesti dia sejuk." Ujar budak lelaki itu perlahan. Kepalanya menunduk memandang iv drip yang tercucuk di kekura tangannya. Ngilu terasa saat jarum iv drip itu terasa longgar di situ.

Raja Khaleeda terus memeluk tubuh kecil anaknya. Tengku Rafee turut memanjangkan lengan memeluk isteri dan anaknya. Erat. Hangat.

"Baiklah. Biar umi dan ayah selesaikan semuanya. Raf rehat ya." Tengku Rafee menggosok lembut kepala anak lelakinya sebelum dia bersama-sama Raja Khaleeda melangkah keluar dari bilik wad itu.

Dan dia bersendirian lagi. Rasa emosi. Perlahan-lahan airmata jatuh ke pipi. Tersebek-sebek bibirnya.

Tak sangka. Umi dan ayah masih ada di sisinya. Umi dan ayah masih punya rasa risau akannya.

Umi dan ayah... masih sayangkan dia...








NURI perlahan-lahan bangun dari perbaringan apabila ada cahaya matahari memancar menyilaukan pandangan. Ya Allah. Dah siang. Nuri tunduk memandang bathrobe yang tersarung di tubuhnya. Ikatan longgar bathrobe itu dikemaskan lagi.

Seketika kemudian, Nuri menjeling ruangan kosong di sebelahnya sebelum meliar memandang sekeliling ruangan biliknya. Mencari Tengku Rafael. Tapi tiada.

Tiada lagi Tengku Rafael.

Atau... Tengku Rafael memang tak pernah ada di sini?

Nuri tersenyum perit. Kasihan sungguh kau Nuri. Antara realiti dan mimpi pun dah tak reti beza. Sudahlah. Daripada terus melayan rasa, baik pergi mandi.

Nuri bangun dari duduknya. Mahu ke tandas. Langkahnya terhenti saat terpandangkan satu beg kulit berbentuk segi empat tepat di atas meja solek. Terpanggil dengan beg kulit itu, kaki automatik merapati meja solek.

"Beg siapa ni?" Gumam Nuri.

Perlahan-lahan dia membuka beg kulit itu. Serta merta pandangan matanya dihiasi dengan resin art paus kelasa yang dia buat dengan Tengku Rafael hari tu.

Ya Allah! Cantiknya!

Nuri terus mencapai resin art itu dan di amati lama. Tangan menyentuh permukaan resin yang tak ubah seperti ombak laut yang bergelora. Cantik. Nuri mengangkat resin itu separas mata. Memandang ikan paus kelasa yang seolah-olah berenang bersama anaknya. Cantik. Bagai dua makhluk ciptaan Tuhan itu benar-benar hidup dan bernafas. Seni ini kelihatan sungguh realistik dengan struktur ombaknya yang diukir indah. Nuri terus tersenyum lebar.

✓ TENGKU RAFAEL LUTHWhere stories live. Discover now