🍁 •BAB 48•

90.1K 4.3K 1.5K
                                    

NURI hanya mampu memejam mata. Dia sudah sedar tapi tak larat nak bangun dari perbaringannya. Kepala terasa pening dan sakit. Tubuh pula rasa sejuk walaupun Tengku Rafael sudah buka kipas di tahap paling minimum. Aircond pun tidak dibuka.

Masih demam.

Nuri mengeluh perlahan.

Azam.

Siapa lelaki itu?

Nuri tersentak saat ada sentuhan lembut di pipi. Meluas matanya. Tapi dia melepas nafas lega apabila melihat wajah risau Tengku Rafael.

Terasa hangat itu menyentuh leher dan dahinya. Sangat hangat buatkan Nuri rasa selesa.

"Panasnya." Gumam Tengku Rafael perlahan. Risau pula. Siang tadi suhu tubuh Nuri panas. Tapi tak panas seperti malam ni.

"Nuri. Kita pergi hospital?" Ajak Tengku Rafael. Bagai memujuk Nuri.

Nuri menggeleng.

"Tak nak. Saya tak apa-apa. Semalam kan kita dah pergi." Balas Nuri perlahan. Serak dan bagai pecah-pecah suaranya.

Tengku Rafael diam. Tangannya menyentuh lembut balutan tebal di tangan kiri Nuri. Padanlah Nuri kelihatan sakit sangat semalam. Rupanya tulangnya retak. Mujur tidak serius.

"Sini. Biar aku pasangkan cool fever."

"Tengku. Saya bukan budak tadika." Tolak Nuri.

"Yeah you are not. But you're still a little teenager to me. So just stay still." Tengku Rafael selamba menampal cool fever di dahi Nuri. Berkerut dahi Nuri.

"Sejuk." Komen Nuri.

"That's why the name given is Cool Fever. If it is hot, then it is me." Selamba sahaja wajah Tengku Rafael ketika itu.

Nuri senyum nipis. Kelakar mendengarnya. Sempat puji diri sendiri tu.

"Dah. Go to sleep."

"Sejuk." Gumam Nuri perlahan dengan mata yang terpejam. Serius sejuk.

"Sejuk sangat ke? Should i just turn off the fan?" Tanya Tengku Rafael. Prihatin.

Nuri menggeleng kepala. Kalau matikan kipas nanti Tengku pula yang panas.

"You're warm."

Terjongket kening Tengku Rafael mendengarnya.

"So?"

"Isn't this is the time where heroes take off their jacket and put it around their woman to warm them up?" Tanya Nuri. Bibir pucatnya pula tersengih memandang wajah Tengku Rafael.

"Ah. If you want me to take my clothes off, you should have just ask." Tengku Rafael senyum senget seraya membuka t-shirt yang tersarung di tubuhnya.

"So. Now what?" Tengku Rafael memandang lama pandangan lesu itu.

Terkelip-kelip mata Nuri. Malu. Tapi mata menangkap ada satu balutan di tubuh Tengku Rafael.

"Tengku cedera ke?" Tanya Nuri.

"Yeah. Just a little accident too." Perli Tengku Rafael. Sengaja dia menekan perkataan accident tadi.

"Mana kereta Tengku?"

"On fire."

"Telefon Tengku?"

"On fire too. Maybe has turned into ashes."

Diam seketika. Nuri menelan liur. Pandangan mata gelap itu tajam terasa sehingga ke setiap tulang tubuhnya.

✓ TENGKU RAFAEL LUTHWhere stories live. Discover now