🍁 •BAB 12•

53.4K 3.7K 238
                                    

"UMI!" Tubuh Nuri Nafeesa melayang-layang tidak stabil. Matanya sudah terpejam rapat.

Pasrah.

Tengku Rafael cemas sendiri. Terus dia meluru ke arah Nuri Nafeesa yang hampir jatuh ke atas lantai. Tubuh tegapnya terus berdiri di hadapan Nuri Nafeesa. Mahu menghalang tubuh itu daripada jatuh ke atas jalan.

Suasana sunyi sepi.

Nuri Nafeesa terus buka sebelah mata. Rasa ajaib bila dia tak jadi cium jalan tar. Lagi ajaib apabila tersedar si empunya tubuh yang dia peluk tu.

Membulat mata. Kepala perlahan diangkat. Memandang lelaki dihadapannya. Rasa nak kena histeria apabila orang itu ialah Tengku Rafael. Lepastu tangannya boleh elok melingkar di leher lelaki itu.

Nuri Nafeesa terkaku apabila mata gelap Tengku Rafael terkebil-kebil memandangnya.

"Umii!!" Nuri Nafeesa terus jauhkan diri dua meter dari Tengku Rafael. Tangan naik memeluk tubuh sendiri. Umi adik, kena peluk dengan lelaki umi!

Lelaki itu masih statik di tempatnya. Kedua-dua tangan diangkat. Tanda dia tidak bersalah.

"Apa encik boss buat ni?" Nuri Nafeesa rasa nak menangis terkenangkan jaraknya dengan lelaki itu yang agak rapat tadi.

Tengku Rafael telan liur. Dia sendiri terkejut. Sumpah dia terkejut. Pertama kali perempuan begitu rapat dengannya sehingga dia dapat merasa lekuk tubuh Nuri Nafeesa tadi.

Astaghfirullahalazim!

Terus dia beristighfar dalam hati. Ya Allah. Gangguan syaitonnirrojim!

"Encik boss peluk saya?!" Nuri Nafeesa tersebek-sebek sendiri.

Berkerut dahi Tengku Rafael. Aku?

"Aku tak peluk kau okey. Sorry sikit!"

"Yelah tu!" Marah Nuri Nafeesa. Tapi tak menggerunkan langsung. Comel adalah.

Tengku Rafael diam. Alang-alang dah kena tuduh, lets play along with it.

"Haah. Memang aku peluk kau. Bila lagi nak dapat peluang baik macam ni. Ye tak?" Tengku Rafael senyum nakal. Bibir bawah digigit sesaat. Muka-muka miang buluh.

Nuri Nafeesa terus memandang ke tempat lain. Malu umii!!

"Dahlah masuk cepat!"

"Tak nak!" Nuri Nafeesa mendengus sebelum memalingkan wajah memandang tempat lain. Gaya dia bila tengah marah.

Tapi tak ubah seperti gaya perempuan merajuk. Gedik!

Tengku Rafael senyum jahat lagi. Langkah diatur mendekati gadis itu.

Nuri Nafeesa terundur ke belakang apabila lelaki itu mendekatinya. Kuat haruman dari lelaki itu mencucuk hidungnya. Telan liur dia melihat wajah Tengku Rafael.

Gulp...

Tolong!

"Baik kau masuk sekarang..." Bisik Tengku Rafael.

Nuri Nafeesa rasa sebal. Lelaki itu dijeling dengan ekor mata. Berani.

"Apa? Kalau saya tak nak encik boss nak buat apa?"

Tengku Rafael menarik senyum nakal lagi. Jahat betul dia sekarang ni.

"Aku heret kau dengan cara yang halus. Saaangat halus." Tengku Rafael kenyit sebelah mata dengan senyum nakalnya.

Meremang bulu roma Nuri Nafeesa mendengar suara lelaki itu. Gemersik. Lembut.

Nuri Nafeesa menjeling Tengku Rafael tajam sebelum berjalan sendiri masuk ke dalam kereta Tengku Rafael.

✓ TENGKU RAFAEL LUTHWhere stories live. Discover now