🍁 •BAB 36•

78.3K 4.3K 1.1K
                                    

"NURI NAFEESA?" Tengku Rafael menoleh memandang sebelah. Nuri hilang. Terus terpusing kepalanya mencari susuk tubuh Nuri.

Keluhan terlepas dari bibirnya melihat Nuri yang sedang berbual dengan seorang jururawat di sana. Entah apa agaknya yang dibualkan mereka tu. Tengku Rafael faham. Nuri kalau boleh memang dengan semua orang dia nak jadikan kawan. Terlalu peramah. Tak padan dengan sakit.

Tengku Rafael mendekati Nuri sebelum sebelah tangan mencuit sisi pinggang isterinya. Nuri terus menoleh. Tersenyum dia melihat wajah aku-nak-balik Tengku Rafael itu.

Hmm tak menyabar.

"Saya balik dulu ya kak. Terima kasih sudi jaga saya sepanjang saya ada di hospital ni."

"Sama-sama. Hati-hati. Awak tu sakit. Muka pun pucat lagi."

"Baik kak. Saya minta diri dulu. Assalamualaikum."

Tengku Rafael melempar senyum sesaat ke arah jururawat itu sebelum dia menarik lengan Nuri agar mengikutinya. Nuri akur. Diam dia mengikuti langkah Tengku Rafael. Lagipun dia suka sebab rasa macam Tengku Rafael tengah pimpin dia.

Ya. Nuri tahu jika dia syok sendiri. Tapi buat sementara ini, biarlah dia mengambil semua peluang yang ada untuk menghargai rasa ini. Walaupun hanya seketika.

Haih.

I sounds so pathetic.

"Kau nak singgah mana-mana tak?" Tanya Tengku Rafael sebaik sahaja dia mahu mulakan pemanduan.

"Tak kut. Kita balik jelah. Saya tak larat." Ujar Nuri seraya melentokkan kepala menyandar dengan selesa. Mata terasa berat pula.

"Kau tidurlah dulu. Nanti dah sampai aku kejut."

"Okey." Nuri terus memejam mata.

Lena.







"NURI? Nuri Nafeesa? Bangun. Dah petang ni." Kejut suara garau milik Tengku Rafael bersama sentuhan di bahu Nuri mengejutkan gadis itu dari lena. Nuri terus membuka mata dan memandang sekelilingnya.

Bilik?

"Dah lama ke kita sampai?" Tanya Nuri dengan suara seraknya.

Tengku Rafael yang duduk di birai katil menjeling jam dinding.

"Kita sampai pukul dua setengah tadi." Beritahu Tengku Rafael.

Nuri menjeling jam dinding. Sudah pukul lima lima puluh tiga minit petang. Ya Allah. Lamanya aku tidur. Nasib baik dah solat zuhur di hospital tadi.

Nuri menukar posisinya kepada duduk dan tersandar ke kepala katil. Terasa ringan sungguh kepalanya. Kalau berjalan melayang tak rasanya?

"Pergi bangun. Mandi lepas tu solat. Dah lambat dah ni. Nanti turun. Kita makan." Arah Tengku Rafael. Pandangan mata hitamnya melekat lama memandang Nuri.

"Tengku nak makan ke? Kalau nak saya masakkan sekejap." Nuri menyelak duvet lembut yang menutup tubuhnya ke tepi. Mahu turun katil. Namun tangan kasar Tengku Rafael cepat-cepat menarik tangan Nuri.

"Tak payah. Aku dah makan. Kau tu sakit. Jangan mengada nak masak. Dah pergi mandi. Solat lepastu turun makan." Bebel Tengku Rafael.

Memuncung Nuri mendengarnya. Dia membebel pula.

"Yalah." Nuri terus turun dari katil dan terus mengatur langkah ke bilik air. Mahu membersihkan badan.

Usai membersihkan tubuh dan mendirikan solat asar, Nuri terus berbaring di atas sejadah. Nikmatnya rasa dapat baring. Lama Nuri berbaring di atas sejadah sebelum dia gagahkan diri untuk bangun. Telekung dan sejadah disangkut semula di penyangkut sebelum langkah diatur lemah ke dapur.

✓ TENGKU RAFAEL LUTHWhere stories live. Discover now