🍁 •BAB 43•

73.9K 4.3K 814
                                    

"SERIUSLAH Nuri?" Erin dan Mella terus melompat dan menampar lengan sesama sendiri saat Nuri menjatuhkan kepala.

"Ya Allah. Tak sangka awak dan Tengku dah kahwin. Tak sia-sia saya ship awak dengan Tengku sebelum ni. Masin rupanya mulut saya ni." Erin menepuk tangan. Dia pula yang jadi teruja apabila Nuri jujur memberitahunya yang dia dan Tengku Rafael sebenarnya suami isteri.

Mella senyum lebar.

"Fuh. Padanlah gaduh sweet semacam. Rupanya suami isteri." Bidas Mella pula.

Allah.

Nuri nak terkentut mendengarnya. Gaduh pun sweet. Apa kes?

"Saya harap Erin dengan Mella tak beritahu orang tentang hal ini ya? Saya tak selesa kalau orang tahu." Ujar Nuri perlahan.

"Boleh Nuri. Tak adalah masalah." Erin senyum lebar.

"Kalau macam tu, jomlah kita makan. Saya lapar. Lepas dengar yang Nuri dah kahwin dengan boss, rasa selera saya bertambah pula." Seloroh Mella.

"Jom!" Erin menarik tangan Mella dan Nuri agar mengikutinya. Nuri senyum sahaja. Alhamdulillah. Nasib baik Erin dan Mella menerima baik tentang perkhabaran itu.

Sebaik sahaja tiba di kafe resort ini, Nuri buat-buat tak nampak Tengku Rafael. Tengku Rafael pula buat-buat tak ambil port dengan kehadiran Nuri.

"Nuri nak makan apa?" Tanya Mella.

"Ermm apa-apalah Mella. Janji sedap."

Lepas berpenat lelah tadi bukan main lapar pula perut. Ini kalau Nuri dapat makan apa-apa pun tak kisah. Janji kenyang. Perut kenyang, hati pun puas.

Beberapa orang asing yang melangkah masuk ke dalam kafe ini membuatkan perhatian semua terkalih. Hanya Nuri sahaja yang duk tunduk pandang menu.

"Tengku?"

Suara itu membuatkan Nuri angkat kepala. Rasa bagai mahu terhenti degupan jantungnya saat melihat wajah pemilik suara itu.

Dhiah Nageena!

Macam mana dia boleh ada kat sini?

Wajah Nuri bertukar mendung. Lambat-lambat dia memandang Tengku Rafael. Pasti Tengku Rafael yang memberitahu Dhiah.

Dan saat itu, pandangan Tengku Rafael tajam memandangnya. Wajah lelaki itu beriak bingung. Bagai bertanya jika Nuri memberitahu tentang aktiviti syarikatnya kepada Dhiah dalam diam.

Nuri terus melarikan pandangan. Tak betah mahu memandang Tengku Rafael lama-lama.

Ya Allah...

"Eh Nuri? Kau buat apa kat sini?"

Nuri menayang senyuman. Hipokrit. Again?

"Aku ada aktiviti syarikat kat sini. Kau pula buat apa kat sini?" Tanya Nuri bersama senyuman.

"Oh. Aku ada shooting kat sini. Tengku tak beritahu pun Tengku ada hal di sini juga?" Dhiah kembali beralih ke arah Tengku.

Wajah tegang Tengku Rafael mengendur. Satu senyuman diukir kepada Dhiah.

"Saya takut mengganggu. Awak dah lama ke kat sini?" Tanya Tengku Rafael.

Mella dan Erin sudah berpandangan sesama sendiri ketika itu. Betullah Mizan ada cakap tentang hal ini.

Tapi Nuri macam mana?

"Dah dua hari dah. Esok saya balik." Ujar Dhiah bersama senyuman. Selamba sahaja dia labuhkan punggung di hadapan Tengku Rafael.

✓ TENGKU RAFAEL LUTHWhere stories live. Discover now