🍁 •BAB 16•

54.6K 4.1K 513
                                    

NURI NAFEESA senyum melihat kawasan site di hadapannya itu. Pertama kali dia keluar ke lapangan seperti ini setelah hampir beberapa bulan bekerja.

Bangunan pencakar langit itu masih dalam pembangunan. Tapi lihat gayanya mesti gah bila dah siap nanti.

"Kau duduk sini diam-diam. Jangan pergi mana-mana." Ujar Tengku Rafael sebaik sahaja habis berbual dengan projek manager tadi.

"Haa? Kenapa pula? Saya nak ikut encik boss..."

Tengku Rafael terus menjeling Nuri Nafeesa atas bawah.

"Kau sedar tak yang pemakaian kau ni tak proper untuk masuk site. Lagi-lagi dengan kasut tumit tinggi kau tu. Tak payah. Duduk sini diam-diam. Menyusahkan aku je nanti."

Nuri Nafeesa diam. Ya. Dia hanya memakai baju kurung cotton dengan kasut tumit tinggi. Memang tak sesuai. Tapi manalah dia tahu yang dia akan ikut Tengku Rafael turun site harini. Kalau dia tahu, dia dah pakai pakaian yang sesuai dah. Siap pakai boot lagi.

Nuri Nafeesa memuncung melihat Tengku Rafael yang semakin menjauh itu. Mulutnya membebel kecil.

Urgh!

Nuri Nafeesa memandang sekeliling site ini sebelum matanya melekat ke arah seorang perempuan yang sedang mengangkat satu beg simen di bahunya. Wanita itu macam sudah berumur melihat dari wajahnya.

Terlepas keluhan dari bibir Nuri Nafeesa. Kasihannya. Tak penat ke?

Hampir tiga puluh minit dia berada di situ dan sudah beberapa kali dia melihat wanita tadi mengangkut simen di bahunya. Sekali-sekala, wanita itu berhenti seketika untuk mengelap peluh di dahi sebelum kembali mengangkut beg simen entah ke mana.

Nuri Nafeesa menjeling jam di pergelangan tangan. Sudah lama ni. Mana Tengku Rafael pergi?

Nuri Nafeesa terus mengatur langkah. Mahu mencari encik boss yang perangai sepesen macam Adudu tu.

Dan wanita tadi lalu dihadapannya dengan satu baldi di tangan.

"Mak cik?" Nuri Nafeesa terus menahan langkah wanita itu.

"Mak cik kerja kat sini ke?" Tanya Nuri Nafeesa.

"Haah. Kenapa cik?" Mak cik itu tersenyum ramah walaupun wajahnya jelas menunjukkan yang dia penat.

Gila tak penat!

"Tak ada apa-apa. Saya saja tanya. Tapi kenapa mak cik tak cari kerja yang senang sikit. Kasihan mak cik. Mesti penat." Ujar Nuri Nafeesa perlahan.

"Ini je kerja yang mak cik dapat buat sementara waktu ini. Daripada menganggur, baik mak cik kerja. Janji halal." Wajah mak cik itu berkedut saat bibirnya menarik senyum.

Nuri Nafeesa senyum sama. Sejuk rasa hati melihat mak cik itu. Dia penat tapi dia tak tunjuk yang dia penat.

Kuatnya dia.

Bersabarnya dia.

Kalau aku, belum tentu dapat bertahan...

"Kina! Cepatlah sikit!" Suara jeritan itu automatik membuatkan Nuri Nafeesa mendongak memandang lelaki yang berdiri tegak di tingkat enam mungkin. Wajahnya bengis memandang mak cik ini.

"Mak cik pergi dululah ya. Kamu jangan kat sini. Bahaya." Mak cik itu senyum nipis sebelum bergegas melangkah pergi.

Nuri Nafeesa diam. Matanya mendongak kembali memandang lelaki di tingkat enam tadi. Lelaki itu rilek sahaja bersandar dan memandang anak-anak buahnya buat kerja. Sesekali suaranya menengking lantang menyuruh anak buahnya melakukan kerja dengan benar.

✓ TENGKU RAFAEL LUTHWhere stories live. Discover now