🍁 •BAB 61•

83.7K 4.2K 1K
                                    

NURI NAFEESA tersenyum manis berdiri di hadapan pintu saat melihat Tengku Rafael yang sudah pulang ke rumah.

Tengku Rafael memandang Nuri pelik atas bawah. Perlahan-lahan tangan naik menyentuh dahi Nuri.

Tak panas pun?

"Sayang abang demam ke? Takut aku tengok." Komen Tengku Rafael tenang.

Memuncung terus Nuri mendengarnya. Ceh. Dasar Tengku Rafael. Seketika kemudian dia tersenyum semula sebelum tunduk mencium kekura tangan Tengku Rafael. Selepas itu dia memanjangkan leher.

"Abang kata nak ambil kereta Nuri? Mana?" Nuri teruja nak jumpa kereta dia. Rindu.

"Dah tak ada. Aku dah bakar."

Terkelip-kelip mata Nuri mendengarnya.

"Abang bakar? Abang serius ke? Ini prank kan?" Tanya Nuri.

"Kereta kau tu dah buruk. Aku bakar lah." Tengku Rafael menyeluk poket jaket kulitnya. Mengeluarkan telefon bimbit. Kemudian dia menunjukkan gambar kereta Nuri yang jujur dia bakar tadi.

Wajah Nuri berubah mendung.

"Sampai hati abang." Dan selepas itu Nuri terus memusingkan tubuh dan menghilangkan diri masuk ke bilik.

Tengku Rafael garu belakang kepala yang tak gatal. Nuri merajuk? Dah kenapa pula dia nak merajuk?

Seketika kemudian Tengku Rafael menoleh apabila ada kereta memasuki perkarangan rumahnya. Caspian melangkah keluar dari kereta itu sebelum memandang Tengku Rafael pelik. Mana Nuri?

Tengku Rafael angkat tangan tanda sekejap. Kemudian dia mengatur langkah ke bilik.

"Nuri?" Tengku Rafael terus mengambil langkah merapati Nuri yang diam duduk di birai katil. Nuri menunduk.

"Nuri? Kenapa ni?" Tengku Rafael menekup pipi Nuri. Wajah itu didongakkan agar memandang wajahnya.

"Nuri marah sebab abang bakar kereta Nuri?"

Wajah itu mendung. Tiada balasan. Tapi wajah Nuri cukup menjelaskan segalanya.

"Nuri. Itu kereta secondhand je kan? Lagipula aku selalu dengar kau membebel kereta tu susah nak hidup. Aku bakar lah. Nanti kau nak ke mana-mana naik dengan aku je. Lagi senang." Jelas Tengku Rafael lembut. Mahu memujuk intan payung kekasih hati pengarang jantungnya itu.

"Memanglah kereta secondhand. Tapi Nuri sayang kereta tu. Nuri bayar deposit pun guna duit Nuri sendiri masa Nuri kerja part time sambil belajar dulu. Nuri kumpul duit nak beli kereta tapi abang senang-senang je bakar. Nuri sayang kereta tu. Abang... I'm not born silver spoon like you. Lagipula takkan nanti Nuri nak melekat dengan abang je. Menyusahkan abang je." Ujar suara itu perlahan. Antara dengar tak dengar.

Tengku Rafael senyum lucu mendengar suara separa mengadu itu.

Comel sahaja bunyinya.

"Nuri sayang..." Tengku Rafael melabuhkan punggung di sebelah Nuri. Lengan Nuri ditarik agar Nuri memandangnya.

"Tak menyusahkan pun. Aku lagi suka kau melekat dengan aku dua puluh empat jam. Suka gila." Bibir Tengku Rafael menyenget nakal.

Terkelip-kelip mata bundar Nuri.

"Kalau macam tu nanti abang tak rindu Nuri." Adu Nuri lagi.

Tengku Rafael ketawa. Ya Allah! Comel betul.

"Mana ada. Nuri Nafeesa Muhammad Hidayat, abang akan sentiasa rindukan Nuri. Nuri ada kat sebelah pun abang masih rindu. Jangan risau."

Nuri angkat kepala. Mata berlanggar dengan pandangan hangat Tengku Rafael lama. Tahu lelaki itu memaksudkan kata-katanya. Perlahan-lahan bibir Nuri menarik senyum.

✓ TENGKU RAFAEL LUTHWhere stories live. Discover now