🍁 •EPILOG•

120K 4.3K 1.6K
                                    

NURI berhati-hati menuruni anak tangga bersama si kecil di dukungannya. Seketika kemudian dia jengulkan kepala di sebalik dinding. Mahu lihat apa yang Tengku Rafael buat dengan anak-anaknya.

Dan ya. Tengku Rafael duk sibuk main rambut Ratu Nashwa. Kadang rambut anak perempuannya itu diikat bentuk reben lah. Tak pun segala jenis braids diikat rambut Nashwa. Masih Nuri ingat dulu, bukan main suka Tengku Rafael apabila anak keduanya itu selamat dilahirkan. Suka betul bila dapat anak perempuan. Mungkin sebab inilah kut. Dengan rambut anak pun nak berseni.

Nuri tahan lucu. Perlahan-lahan langkah diatur mendekati Tengku Rafael.

"Nuri come. Tengok ni."

Nuri melabuhkan punggung dia atas sofa belakang Tengku Rafael. Kepala dijengulkan sedikit.

"Ya abang. Dah comel dah tu." Nuri ketawa kecil. Comel sahaja ikatan ekor kuda rambut Ratu Nashwa. Malah siap rambut Ratu Nashwa dijadikan reben pula di atasnya.

Tengku Rafael senyum puas. Rambut ikatan ekor kuda Nashwa di pusing dengan jari. Rasa macam puas apabila bahagian bawah rambut hitam itu jadi curl.

Comel!

"Papa. Biar Ashwa ikat rambut papa pula." Nashwa menyengih menayang giginya yang rongak di tengah-tengah.

"Boleh." Tengku Rafael tundukkan sedikit kepala supaya senang anak daranya itu nak ikat rambut dia.

Nashwa mencapai kotak miliknya. Dalam kotak itu ada pelbagai jenis hiasan yang digunakan untuk mengikat rambutnya. Ada pin-pin rambut yang comel juga.

"Papa nak warna apa pa?" Tanya Nashwa. Barangkali si kecil Nashwa ini ikut ibunya. Baru berusia empat tahun tapi mulut mengalahkan burung kakak tua.

Tengku Rafael memandang lama isi kotak itu.

"Nak warna ini."

"Okey papa."

Dan sekarang Nashwa pula gigih duk ikat rambut ayahnya.

"Siap! Rambut papa macam kelapa." Ketawa budak kecil itu melihat rambut Tengku Rafael yang selamat diikat tinggi.

Tengku Rafael terus memeluk si kecil Ratu itu sebelum pipi tembam Ratu Nashwa dicubit dan ditarik. Geram sebab tembam sangat.

Ratu Nashwa menyeringai sahaja apabila pipinya dicubit Tengku Rafael.

"Papa. Ashwa nak main basikal dekat luar boleh? Bosanlah asyik tengok kartun je." Adu Ratu Nashwa petah. Termuncung-muncung bibirnya.

Nuri dan Tengku Rafael ketawa kecil.

"Boleh. Ajak abang teman." Tengku Rafael menggosok lembut kepala Ratu Nashwa. Tersenyum lebar si kecil itu. Laju kaki pendek itu berlari ke arah Tengku Razeen yang diam menonton Boboiboy di kaca televisyen. Dari tadi diam sahaja. Tangan pula sesekali duk khusyuk buat kerja sekolah. Bila dah jumpa kartun memang susah nak gerak anak teruna seorang itu.

"Abang yong. Abang yong! Teman Ashwa main basikal jom." Ajak Ratu Nashwa.

"Malaslah. Abang tengah buat kerja sekolah ni."

"Tapi abang yong tengok boboiboy."

"Ini nampak tak? Ini nama dia buku." Tengku Razeen menayang buku kerja mengira ke hadapan muka Ratu Nashwa.

"Alaa abang yong. Temanlah Ashwa. Ashwa bosan." Ratu Nashwa sengaja menyondol kepalanya ke kepala Tengku Razeen.

"Eii tak naklah! Dahlah tak reti sebut huruf R." Tengku Razeen terus menolak kepala Ratu Nashwa menjauhinya sebelum kepala itu ditahan dengan tapak tangan. Memastikan ada jarak antara dia dan Ratu Nashwa.

✓ TENGKU RAFAEL LUTHWhere stories live. Discover now