🍁 •BAB 57•

95.9K 4.3K 1K
                                    

NURI NAFEESA bernyanyi kecil saat air shower jatuh membasahi badannya. Hatinya terasa lapang dan gembira.

Setelah mandi, Nuri menyarung jubah mandi ke tubuhnya dan diikat kemas. Rambut yang basah di lap dengan tuala.

"Umi!"

Mahu gugur jantung Nuri saat ada tangan tiba-tiba melingkar di pinggangnya. Ya Allah. Nasib tak pengsan.

"Abang. Terkejut Nuri. Kalau Nuri pengsan tadi macam mana?" Nuri mengurut dada.

"Jangan risau. Kalau kau pengsan aku sambut."

Nuri senyum mendengarnya.

"Dah lepaskan Nuri. Nuri nak pakai baju." Nuri cuba melonggarkan tangan yang melingkar di pinggangnya.

"Okey. Nah. Pakai baju ni." Tengku Rafael angkat satu dress di sebelah lagi tangannya. Bibirnya menyenget nakal.

Mata Nuri membulat melihat dress satin itu. Berbahang rasa wajah. Dress ini tak ubah seperti dress merah hari tu. Cuma ini lebih behave sikit sebab warna biru gelap. Tapi tetap seksi!

"Err seksilah. Nuri tak biasa..."

"Kau bukannya pakai depan orang lain. Depan aku juga."

"Tapi Tengku..."

"Uh hmm?" Tengku Rafael sengaja melekapkan bibir di cuping telinga Nuri. Mencuri haruman segar honeydew di situ.

Wangi.

Nuri mengecilkan tubuh di dalam pelukan itu. Rasa seram sejuk dengan tingkah Tengku Rafael.

"Baik abang. Nuri pakai baju dulu. Tapi Tengku... Err abang, lepaskanlah Nuri dulu. Kalau tak macam mana Nuri nak... pakai baju." Suara Nuri semakin perlahan. Malu-malu kucing dia di dalam dakapan hangat Tengku Rafael.

"Okey."

Cuppp!

Nuri tergamam saat pipinya dikucup lembut oleh Tengku Rafael sebelum lelaki itu terus menghilang ke dalam bilik air.

Perlahan-lahan Nuri menekup pipi yang terasa panas.

Fuh.

Boleh putus nafas dibuatnya kalau terus macam ni.








NURI mahu menjerit rasa. Dress ini sama seksinya dengan dress merah haritu. Bezanya dress merah hari tu agak terdedah di bahagian dada, dress satin biru gelap ini pula agak terdedah di bahagian belakang tubuhnya.

Dapat dia rasakan kedinginan suhu bilik melanggar kulit belakang tubuh.

Aduhai. Tengku Rafael memang saja nak buli ke macam mana?

Nuri keluar dari closet room. Mata meliar memandang sekeliling bilik yang terasa sunyi. Tiada tanda-tanda kewujudan manusia lain di dalam bilik besar ini.

Mana Tengku pergi?

Pintu bilik air yang terkuak dari dalam membuatkan Nuri pantas berpaling memandang tandas. Ternyata Tengku Rafael baru keluar dari tandas. Seluar pijama satin berwarna biru tua dan kemeja putih tersarung di tubuh tegapnya itu.

Nuri terus memeluk tubuh dan menarik senyum. Mahu menutup rasa debar di dada saat sepasang mata itu memandangnya atas bawah.

"Tengku... Err abang dah mandi?" Tanya Nuri. Bergetar nada suara. Betapa rasa debar menguasai tubuhnya yang ditampar kedinginan suhu bilik.

"Dah. Segar rasa badan lepas mandi ni. And you too. Looks so fresh." Tengku Rafael sudah melangkah mengelilingi Nuri. Mata masih memandang tubuh yang disalut dress nipis paras paha itu atas bawah.

✓ TENGKU RAFAEL LUTHWhere stories live. Discover now