🍁 •BAB 20•

63.9K 3.6K 386
                                    

TENGKU RAFAEL diam memerhati dari dalam keretanya. Azam masih sedang menunggu di luar rumah memberi salam.

Ini sahaja satu-satunya cara yang dia ada untuk tahu sesuatu.

Tak lama kemudian, muncul susuk tubuh yang sangat dikenalinya dari rumah teres itu. Nuri Nafeesa. Dan gadis itu sedang melangkah tenang mendekati Azam.

Azam dan Nuri Nafeesa kelihatannya bercakap-cakap sebentar. Ada senyuman di bibir Nuri Nafeesa sebaik sahaja beg kertas di tangan Azam bertukar tangan.

Dan di saat itu juga, nafasnya terhenti sesaat apabila melihat Dhiah Nageena melangkah keluar dari rumah itu. Dhiah Nageena mendekati Nuri Nafeesa. Mereka berbual-bual sebelum wajah Azam bagai berubah sedikit. Azam terus membongkokkan tubuh dan memboloskan tubuh ke dalam kereta.

Nuri Nafeesa hanya memandang Azam dengan rasa serba salah. Matanya memandang pula Dhiah Nageena yang sedang memeluk tubuh dan membebel-bebel sedikit.

Gadis itu bagai menasihati Nuri Nafeesa. Dhiah Nageena terus mencubit pipi Nuri Nafeesa dan ditarik sesuka hati dia. Nuri Nafeesa terus menyeringai. Mungkin kerana sakit. Dhiah Nageena menepuk bahu kawannya itu sebelum dia masuk ke dalam keretanya.

Berkerut dahi Tengku Rafael.

Betullah yang Nuri Nafeesa dan Dhiah Nageena berkawan rapat...

Tengku Rafael senyum nipis. Kecilnya dunia.

Tangan terus mengeluarkan telefon bimbitnya dan nombor Nuri Nafeesa ditelefon. Dari jauh dia dapat lihat senyuman lebar Nuri Nafeesa saat melihat skrin telefonnya.

"Hello encik boss!" Ceria.

"Assalamualaikum. Hmm. Kau dah dapat dah barang yang aku bagi tu?" Tanya Tengku Rafael. Saja.

"Hehe waalaikumsalam. Sudah. Apa yang encik boss berikan pada saya ni?" Tanya suara di corong telefon. Agak keliru.

"Baju. Malam ni aku nak kau pakai baju yang aku beri. Ada tiga pilihan. Pilihlah mana yang kau nak. Pukul lapan suku aku ambil kau. Kau lambat aku tinggal."

"Lah ye ke? Buat susah-susah encik boss je. Saya ada belambak baju kurung lah."

"Oh yeah? Well i don't care." Nak tergelak dia saat wajah Nuri Nafeesa saat itu berubah. Senyuman di bibirnya hilang diganti dengan wajah menyampah. Menyampah dengan dia.

Dan ada nampak macam Tengku Rafael kisah?

"Hmm okey. Terima kasih encik boss. Assalamualaikum."

Tengku Rafael terus memutuskan panggilan.

"Waalaikumsalam."

Seketika kemudian dia menarik senyum. Nampaknya dia kena jujur dengan Nuri Nafeesa. Manalah tahu kalau-kalau Nuri Nafeesa boleh membantunya untuk mendekati Dhiah Nageena.

Dan dia tak sabar menunggu masa itu tiba...

TENGKU RAFAEL terkejung sendiri saat melihat Nuri Nafeesa yang melangkah keluar dari rumahnya dengan baju kurung moden berwarna merah hati di tubuhnya yang digayakan bersama shawl satin berwarna hitam.

Selalunya budak ini hanya mengenakan solekan nipis. Malam ini, Nuri Nafeesa kelihatan cantik dengan solekannya yang simple dan tidak terlalu tebal. Terserlah kecantikan aslinya.

Tengku Rafael terus larikan pandangan mata.

Astaghfirullah!

"Maaf lambat encik boss. Kawan saya beria mekapkan saya." Cerita Nuri Nafeesa sebelum menjeling Tengku Rafael.

✓ TENGKU RAFAEL LUTHWhere stories live. Discover now