🍁 •BAB 4•

57K 3.6K 291
                                    

"EIJAZ!" Jerit Nuri riang. Tubuh Eijaz Qaisara terus dipeluk erat.

"Terkejut aku woi. Kau dah kenapa? Aku smackdown kau kang!" Marah Eijaz. Mahu tak marah. Boleh gugur jantung aku.

"Eijaz! Aku dah dapat kerja! Yeay!" Nuri melompat-lompat suka.

Pecah gelak Eijaz. Buruk betul rupa member aku sekarang ni.

"Tadi Encik Rais mesej. Dia kata Tengku dah setuju. So esok aku dah boleh pergi kerja." Nuri buat-buat mengelap air mata buniannya. Terharu. Sudah terlalu lama pegang tittle penganggur. Alhamdulillah dapat juga kerja.

"Serius? Baguslah tu. Aku pun dah bosan tengok muka kau selalu." Kutuk Eijaz.

Nuri terus peluk leher Eijaz Qaisara dan menyekel kepala sahabatnya. Ceh kurang perisa punya member.

"Adeh. Sakit lah!" Marah Eijaz. Dia sekel aku. Dahlah aku ni belum kahwin. Kalau saham turun macam mana? Eh gurau!

Tiba-tiba telefon Nuri Nafeesa berbunyi lantang. Pantas Nuri menjawab panggilan itu tanpa melihat nama si pemanggil yang disangkanya umi.

"Assalamualaikum umi! Umi apa khabar?" Soal Nuri Nafeesa ceria. Tak sabar mahu mengkhabarkan berita gembira itu kepada uminya.

Diam. Tiada balasan oleh si pemanggil. Berkerut wajah Nuri.

"Umi?"

Aik? Umi tertekan ke apa?

"Pordon me? I'm sorry but no sorry. I'm not your 'umi'. Awak salah umi ni." Suara garau di talian membuatkan Nuri terkebil-kebil menjeling Eijaz yang sibuk tadah telinga.

"Eh?"

Lelaki?

Sejak bila umi jadi sajat?

Terus Nuri Nafeesa jauhkan telefon bimbit dari telinga. Melihat nombor di skrin telefon bimbitnya.

Private number a.k.a nombor yang tidak dikenali.

Halamak! Salah orang!

"Maaf. Saya salah orang. Encik siapa? Ada apa-apa yang boleh saya bantu? Atau mungkin encik salah nombor ni." Andai Nuri Nafeesa. Suaranya lembut sahaja.

"No i'm not. Nuri Nafeesa binti Muhammad Hidayat. It is you right? Or i mistaken you, UMI?" Sempat suara husky itu memerlinya.

Nuri tersengih sendiri. Tangannya sempat menolak wajah Eijaz menjauh. Sibuk je!

"Ya saya. Boleh saya tahu siapa encik?"

"Tengku Rafael Luth. Encik Rais ada mesej awak kan?" Suara garau itu sangat dingin. Aura dia terasa sampai sini. Tak payah sampai nak sembilan belas kali. Cukup sekali tapi aura dia dah lain macam.

"Te... Tengku?" Nuri terus gigit jari. Tengku Rafael? Jangan cakap dialah CEO syarikat tu.

"Awak tak pekak kan?"

Nuri Nafeesa ternganga. Weh. Bapak savage pak cik ni. Maaf salah. Boss aku. Haaa. Baru betul.

"Y... ya saya. Encik Rais ada mesej saya tadi. Dia cakap bahawa saya boleh hadir ke syarikat esok untuk laporkan diri."

Skema gila. Budak ni tengah jawab soalan lisan ke. Rap macam mak cik delima je.

"Nope. Saya nak awak lapor diri hari ni."

Nuri Nafeesa terkelu sesaat.

"Hari ni Tengku?"

"Hmm. Nine o'clock. Sharp! Saya tak suka orang yang lambat. Be punctual kalau tak nak nama awak masuk disiplin. Well. Saya tak suka orang yang tak menepati masa dan sambil lewa." Ujar lelaki itu lagi.

✓ TENGKU RAFAEL LUTHWhere stories live. Discover now