🍁 •BAB 19•

54K 3.8K 449
                                    

TENGKU RAFAEL terus melangkah keluar dari pejabat. Kakinya melangkah pantas menuju ke bilik pejabat Nuri Nafeesa namun seketika kemudian, langkahnya terhenti agak jauh dari pejabat gadis itu.

Dari jauh dia dapat melihat tingkah Nuri Nafeesa yang sedang khusyuk memandang skrin komputernya.

Tengku Rafael mencekak pinggang. Diam. Agak lama dia membatukan diri di situ.

Telefon peribadi di tangan diangkat. Kenalan yang baginya masih tidak dikenalinya dipandang lama.

Ms Pseudo.

Dengan hati yang berat dan keliru, nombor telefon itu di dail sebelum perlahan-lahan telefon bimbit itu diletak di telinga.

Jantung bagai berhenti berdetak menanti panggilannya dijawab.

Please not her...

Mata memandang tajam gerak geri Nuri Nafeesa dari jauh. Tidak sampai sesaat kemudian, Nuri Nafeesa mencapai sesuatu di sebelahnya sebelum turut ditekap di telinga.

"Assalamualaikum."

Tengku Rafael terkedu. Kaki bagai digam ke atas lantai. Dahinya berkerut, bagai tidak percaya akan apa yang dia lihat ketika ini.

Suara ini...

"Hello... Encik?"

Gerak bibir Nuri Nafeesa dan suara yang berbunyi di corong telefon adalah serentak. Tapi Tengku Rafael masih keliru.

Betul ke?

"Hello encik? Ada apa ya telefon saya?"

Suara itu memang suara Nuri Nafeesa. Tapi kenapa...

Mustahil.

Perlahan-lahan tangan Tengku Rafael turun ke sisi sebelum panggilan diputuskan.

Dia...

Burung kakak tua tu...

Kawan Dhiah?

NURI NAFEESA tenung skrin telefon pintarnya yang sudah hitam gelap. Terkelip-kelip matanya.

Agak bingung dan terkejut juga bila menerima panggilan dari peminat Dhiah Nageena tempoh hari. Ada apa pula yang lelaki itu mahukan kali ini?

"Dia telefon aku tapi dia tak cakap apa-apa." Nuri Nafeesa mula menggumam sendiri. Tak boleh jadi ni. Buah fikiran ni kerjanya nak fikir jahat sahaja. Suka bersangka buruk.

Cuba fikir positif Nuri Nafeesa. Mungkin dia tertekan kut? Ataupun dia terdudukkan telefon dia. Tu pasal ter-call ni.

"Entah-entah dia stalk aku tak?" Nuri Nafeesa tiba-tiba takut sendiri. Tangan naik memeluk tubuh apabila bilik pejabatnya tiba-tiba rasa seram sejuk.

Fuh seram.

AFHAM duduk diam di penjuru biliknya. Gambar-gambar seorang perempuan di tangan diamati satu persatu. Adakalanya gambar di dalam gambar itu tersenyum manis. Adakala ketawa cantik. Walaupun semua gambar itu candid, namun semuanya menunjukkan sisi manis seorang gadis. Semua gambarnya tersenyum.

Cantik.

Sangat cantik.

Afham senyum. Seketika kemudian dia menyeringai sebelum mengalirkan airmata.

Kenapalah...

"Astaghfirullah halazim Am. Kau dah kenapa ni?" Tergeleng-geleng kepala Wazir melihat Afham yang sudah tidak terurus itu. Rambutnya serabut. Bilik macam tongkang pecah semua benda bersepah sana sini.

✓ TENGKU RAFAEL LUTHWhere stories live. Discover now