🍁 •BAB 67•

85.9K 4.4K 801
                                    

NURI menarik selimut rapat ke tubuh yang menggigil sejuk. Kenapalah bumi Brazil ini rasa sejuk semacam? Lagipula Nuri rasa Nuri sudah buka aircond pada tahap yang paling minimum kut.

"Kak? Kakak dah okey?" Tanya Sabrina. Punggung di labuhkan di sebelah Nuri.

Nuri senyum nipis. Perlahan-lahan dia bangun dari perbaringan. Kepala rasa pening.

"Okey. Cuma pening sikit." Nuri bersandar lemah di kepala katil.

"Ya ke? Tapi muka kakak pucat ni." Sabrina menyentuh lembut pipi Nuri sebelum berkalih ke dahi Nuri dengan belakang tangan.

"Badan kakak pun masih panas." Komen Sabrina selepas itu.

Nuri hanya senyum. Sekarang ini dia hanya mahu tidur sahaja. Rasa penat dan letih.

"Oh ya. Perempuan semalam tu... Dia macam mana? Okey?" Tanya Nuri.

"Perempuan yang nama Lisa tu ke? Dia okey je. Cuma dia kena berehat sikit. Dia nak jalan pun macam susah je. Perut dia sakit sebab kena tendang dengan mamat tak guna tu." Bebel Sabrina.

Nuri diam mendengarnya.

Kasihan gadis itu. Pasti dia lagi sakit kan?

"Dia siapa? Kekasih Arheo ke?"

"Eh taklah. Dia tahanan abang Sabby." Balas Sabrina selamba.

Membulat mata Nuri.

Tahanan?

"Arheo tu warden penjara ke sampai sesuka hati nak jadikan orang tahanan dia?" Tanya Nuri. Tak puas hati pun ya.

"Entah. Yang pasti, perempuan tu punya hutang yang perlu dibayar. Sebab katanya ayah dia gengster kat Malaysia. Tapi ayah dia berhutang pula dengan abang. Macam gitulah cerita dia." Ujar Sabby. Dia pun tak tahu banyak perkara tentang perempuan tu.

Nuri melepaskan keluhan. Harap perempuan tu tak apa-apa.

Dia akan bertemu semula dengan perempuan itu. Dia mahu berterima kasih.















"NURI? Bangun. Dah lewat petang ni. Tak elok tidur lewat petang macam ni."

Nuri terus tersedar dari lena saat mendengar suara lantang Puan Naziha mengejutnya dari lena. Nuri menjeling jam di dinding kayu. Jam menunjukkan pukul lima tiga puluh minit petang.

Ya Allah!

Terlepas solat Zuhur aku. Nuri terus bangun. Kepala masih pening tapi dia gagahi jua untuk bangun dan bersihkan diri. Usai mendirikan solat, Nuri melangkah ke pangkin luar rumah. Dilihatnya umi, ayah, Nafis, Naqif dan Nadim sedang duduk di situ. Seperti biasalah. Petang-petang macam ni kadang umi ada buat gorengan. Saja mahu luangkan masa anak beranak.

"Haa dah bangun pun. Ingat nak tidur sampai tahun depan." Perli Nadim.

"Nuri penat lah."

"Eleh. Penat apanya? Kau balik dari Brazil bukannya jalan kaki." Bidas Nadim.

Nuri memuncung sahaja. Nadim senyum senget. Suka kacau adiknya yang satu itu.

"Nah kak makan. Ada pisang dengan cempedak goreng." Nafis menolak sedikit mangkuk berisi gorengan ke arah Nuri.

Tersenyum lebar Nuri mendengar cempedak goreng. Laju tangan mencapai satu cempedak goreng.

My most favourite.

"Sampai bila nak lari duduk sini? Tak nak balik ke pangkuan suami kau ke?" Tanya Nadim.

Nuri diam seketika.

✓ TENGKU RAFAEL LUTHWhere stories live. Discover now