🍁 •BAB 50•

87.6K 4.2K 1.2K
                                    

TENGKU RAFAEL menggenggam penumbuk membaca isi fail itu. Tegang wajahnya. Rahang diketap sama mendengar cerita Damien.

"His father own a company. Engineering company. Tapi syarikat ayah dia jatuh. Keluarga dia jatuh muflis sebab ayah dia terlibat dalam beberapa kes rasuah. It turns out that Tengku Rafee lah yang bocorkan segala kerja jahat Ahmad masa tu. Kemudian kedua-dua ibu bapa dia meninggal dunia kerana terlibat dalam kemalangan semasa nak larikan diri dari pihak berkuasa. Sebab katanya ayah dia ada buat jenayah. Tapi tak pasti pula jenayahnya apa. Yang tinggal cuma dia dan abang dia sahaja." Jelas Damien lagi.

Oh.

Adik Azri rupanya. Lelaki tak guna yang bocor pelan aku untuk ambil tender mega dulu.

Wajah Tengku Rafael berkerut sedikit saat cuba mengulang kata-kata Damien di fikirannya.

"Tengku Rafee?"

Damien jatuhkan kepala.

"Ya. Ayah Tengku."

Ayah? Ini ada kena mengena dengan ayah ke?

"Setahun selepas Tengku dirikan syarikat sendiri, Azri pun dirikan syarikat sama. Pasti dia ada agenda."

Tengku Rafael jatuhkan kepala perlahan. Tahu apa agenda itu.

"Tentang Afham?"

"Oh ya." Damien menghulurkan lagi satu fail ke arah Tengku Rafael.

"Afham ni sepupu belah ayah dengan Azam. Tapi ibu dan ayah kandung dia terlibat dalam kemalangan dan meninggal dunia semasa dia berumur sepuluh tahun. Kemudian dia diambil jadi anak angkat oleh sepasang suami isteri yang juga akhirnya terlibat dalam kemalangan jalan raya. Yang tinggal sekarang adalah kakak angkat dan adik angkat dia. Lydia dan Liyana. Tapi saya dapat tahu yang, Liyana masih terlantar di ICU. Kes langgar lari." Lapor Damien lagi.

Tengku Rafael yang sedang menyelak isi fail itu terdiam seketika. Lama dia meneliti isi fail itu.

"Everything about their death shares one thing in common."

"Cars. Cars accident." Potong Tengku Rafael.

"Yes."

"Azam. How good is he with cars?" Tanya Tengku Rafael.

Damien diam sejenak.

"Very good. Dia pernah ubahsuai trak. Malah dia pernah ubahsuai rangka kereta biasa jadi kereta sport. I can't deny that he's kinda talented with cars and engine." Jawab Damien tenang.

Tengku Rafael diam. He's talented. But in a bad way.

"Azam ke yang ugut cik Puan?" Tanya Damien. Berkerut sama wajahnya. Tak tahu pula dia kalau selama ini Azam yang dia kenal itu palsu wajahnya.

"Mana kau dapat fail tentang dia orang ni?" Tanya Tengku Rafael. Mata menjeling Damien sedikit. Wajahnya tenang sahaja. Tahu dari mana Damien dapat semua ini.

Damien gigit bibir bawah.

"I see. Daiyan isn't it?"

"Eh bukan Tengku. Saya tak berani nak minta dia tentang maklumat ni. Saya cuma... saya minta Qayder. Dia okey sikit berbanding abang dia."

"Kenapa dengan abang dia?" Tanya Tengku Rafael. Ada senyum senget di bibirnya.

"Abang dia gila, Tengku. Seram macam Tengku pun ya." Ujar Damien. Seketika dia tersedar sesuatu. Terus dia tutup mulut dengan tangan.

Alamak...

Kau terkutuk Tengku!

Tengku Rafael senyum lucu mendengarnya.

✓ TENGKU RAFAEL LUTHWhere stories live. Discover now