🍁 •BAB 47•

81K 4.4K 733
                                    

KEDUA-DUA tangan Nuri terikat kemas. Kaki juga terikat sama. Nuri mengecilkan diri ke penjuru bilik suram itu. Nuri cuba bertenang. Tubuhnya tetap menggigil hebat. Nuri cuba bertenang lagi. Tapi gagal. Dia panik. Airmata asyik mengalir ke pipi.

Ya Allah.

Nuri memandang sekeliling ruangan bilik bawah tanah ini. Suram dan kelam dengan hanya satu lampu kecil sahaja yang dihidupkan.

Nuri menggigil. Nuri takut. Ya Allah. Nuri Nafeesa tak sangka Azam orangnya. Wajah lelaki itu nampak baik. Bersih dan suci sahaja orangnya. Tak sangka Azam yang...

Nuri menggeleng kepala laju dan terus memejam mata rapat.

Tenang Nuri. Tenang.

Jangan fikir. Jangan.

Tapi suara-suara garau pada peristiwa malam yang durjana itu dan suara Azam tadi bersatu di fikiran. Mula menghantuinya. Membuatkan satu tubuh Nuri menggigil hebat.

Ya Allah.

Azam. Lelaki itu ada kata tadi yang dia kena pergi dulu. Adik angkat Afham teruk dilanggar lari. Dan tanpa rasa bersalah, Azam memberitahu Nuri bahawa dialah yang mengupah orang melanggar adik Afham. Dia mahu Afham pergi meninggalkan Nuri dengannya supaya senanglah kerja dia mahu mengurung Nuri.

Nuri memejam mata rapat dan menggeleng laju. Tak mahu ingat suara itu. Tak mahu dengar suara itu.

Jahat. Psiko. Gila. Kejam.

Nuri mula menangis. Takut. Tanpa sedar. Dia menarik kuat tangannya. Ada bunyi tulang tersentap sama. Sakit sangat sehingga Nuri tersandar lemah ke dinding. Tapi melihatkan tali yang sudah melonggar di pergelangan tangannya membuatkan dia mula rakus menarik tali itu dari tangannya.

"Aduh!" Mengalir setitis airmata Nuri saat pergelangan tangan kirinya terasa sakit yang maha hebat. Tapi tak lama sebelum dia mula membuka pula tali yang mengikat kemas di kakinya.

Nuri mendesis perlahan. Pergelangan kakinya sudah memerah. Mana taknya, tali yang diikat di pergelangan kakinya agak kuat kut.

Nuri bangun dari duduknya. Dek lutut yang terasa lemah, hampir sahaja dia terjatuh semula tapi cepat-cepat di mengumpul keberanian untuk lari.

Lari!

Nuri menuju ke pintu besi itu sebelum dia menolak pintu itu.

"Auch!" Nuri mendesis kuat selepas itu. Terbongkok tangan kanannya menggenggam pergelangan tangan kiri. Rasa sakit yang maha hebat di situ.

Ya Allah. Tangan aku patah ke?

Nuri terus menolak kasar pintu itu dengan tangan kanannya. Mujur pintu itu tidak terkunci. Nuri meliarkan mata memandang sekeliling ruangan bengkel ini. Sunyi sepi. Tiada kelibat satu manusia pun di dalamnya.

Nuri perlu mencari jalan keluar.

Pintu bengkel tertutup rapat. Saat itu Nuri terpandangkan beg tangannya di atas meja kayu yang sudah usang itu. Beg itu dicapai. Telefon?

Telefon!

Nuri meliarkan mata memandang sekeliling. Mencari telefon bimbitnya. Jumpa!

Laju dia mencapai telefon bimbit berwarna hitam yang terselit di bawah kerusi.

Tanpa berlengah, Nuri masuk ke dalam bilik pejabat kecil dalam bengkel itu. Mujur ada tingkat besar di dalam bilik itu. Berkerut dahi Nuri apabila tangan kirinya terasa semakin berdenyut-denyut. Tapi tangan kanan terus membuka tingkap besar itu. Tubuh kecilnya naik memanjat tingkap itu sebelum melompat keluar. Tanpa menoleh, dia terus mengatur langkah seribu. Terus lari dan lari dari situ. Suasana sudah agak hening dan sepi. Sudah pukul sebelas malam. Padanlah.

✓ TENGKU RAFAEL LUTHWhere stories live. Discover now