🍁 •BAB 31•

68.1K 4K 929
                                    

NURI NAFEESA terkebil-kebil sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam rumah agam yang besar itu. Automatik dia mendekatkan dirinya dengan Tengku Rafael di sebelah. Canggung dengan pandangan-pandangan manusia yang ada di situ.

Tengku Rafael yang perasan akan tingkah kaku Nuri terus menarik tangan Nuri. Jari jemarinya disulam di antara jari jemari lembut itu.

Tenang Nuri Nafeesa.

Nuri terkejut saat tangannya tenggelam dalam tangan Tengku Rafael. Tapi dia biarkan sahaja. Malah dia rasa lebih tenang.

"Eh Raf? Nuri? Buat apa kat situ? Mehlah masuk." Raja Khaleeda muncul. Pantas dia menggamit tangan ke arah anak dan menantunya. Menjemput mereka mendekat.

"Raf takut. Semua pandang Raf dengan Nuri macam nak telan je gayanya." Seloroh Tengku Rafael dengan wajah tenangnya. Mengundang tawa-tawa kecil manusia di situ.

Tengku Rafael menarik tangan Nuri agar mengikutinya. Nuri hanya ikut sahaja.

Tengku Rafael mahu melabuhkan punggung di sofa berangkai dua. Namun Fahad dan isterinya yang muncul entah dari mana terus melabuhkan punggung di situ.

Tengku Rafael angkat bahu. Malas mahu ambil pusing. Dia beralih pula ke arah sofa berangkai satu di sebelah kirinya. Selamba sahaja dia melabuhkan punggung di sofa itu.

Nuri bingung. Okey jadi dia kena berdirilah ya?

Tengku Rafael angkat kepala. Bibirnya menyenget nakal. Tangan naik menepuk pehanya. Menyuruh Nuri duduk di situ.

Membulat mata Nuri Nafeesa.

Gila!

Takkanlah aku nak duduk di situ.

Tengku Rafael tahan senyum lucu melihat wajah memerah Nuri. Akhirnya dia beralih sedikit ke tepi. Memberi sedikit ruang kepada Nuri agar duduk di sebelahnya.

Nuri gigit bibir bawah.

Ingat aku muat ke?

"Come. Have a sit."

Nuri akur. Punggung dilabuhkan jua di sebelah Tengku Rafael. Muat-muat tubuh kecilnya. Sangat rapat jarak antara dia dengan Tengku Rafael sehinggakan peha mereka bersentuhan. Nuri kecilkan tubuh. Takut jika lelaki itu merasa tidak selesa dan sempit. Namun sangkanya meleset. Tengku Rafael tenang sahaja. Malah siap bersandar lagi walaupun rasa sempit.

"Alahai pengantin baru ni. Sian dia duduk dekat-dekat ya. Nah duduklah sini." Seorang lelaki yang dari tadi tersenyum nipis terus angkat punggung dan menolak isterinya ke hujung kerusi. Masam muka wanita itu dibuatnya.

"Bie sempitlah." Ujar wanita berambut ikal mayang itu.

"Tak apa. Meh sini." Lelaki itu tepuk peha dengan wajah selambanya.

Malas nak layan. Wanita itu terus menolak pipi suaminya menjauh. Gedik!

Bercahaya mata Nuri menjeling Tengku Rafael. Bibir sudah menarik senyum lebar Tanda dia mahu duduk di situ.

"Nah we're just fine." Tolak Tengku Rafael.

Nuri pasrah mendengarnya.

Haih.

"Cantik. Mana kau jumpa dia?" Tanya lelaki yang merampas sofa berangkai dua tadi. Barangkali sengaja mahu mengisi suasana yang agak hening sebentar tadi.

"Allah yang bagi. Dah jodoh kan." Jawab Tengku Rafael. Paling mudah.

Lelaki yang bernama Fahad itu menjatuhkan kepala melihat balasan mahu tak mahu dari Tengku Rafael.

✓ TENGKU RAFAEL LUTHWhere stories live. Discover now