🍁 •BAB 8•

52.5K 3.6K 246
                                    

"I WANT you to assist me."

"Haa?! Apa dia?" Nuri Nafeesa memandang wajah Tengku Rafael yang tersenyum sinis menjelingnya.

Assist dia?

Apakah maksudnya?

"Rilek babe. Bawa bertenang." Tengku Rafael masih dengan senyum sinisnya.

Evil smirk.

Nuri Nafeesa ternganga sedikit. Dia panggil aku babe?

Tengku Rafael mengeluarkan satu pelan dari plan holder dan pelan itu dibentang di atas meja.

Nuri Nafeesa meneliti lukisan pelan itu. Ini macam kenal...

"Ini bukan ke saya punya pelan?"

Tengku Rafael mengangguk perlahan apabila mata bulat itu memandang tepat ke wajahnya.

"Yup this is yours. Kau yang lukis pelan ni, takkan nyanyuk pula. Sleepyhead." Kutuk Tengku Rafael dengan selambanya.

Nuri Nafeesa gigit bibir. Ya Allah! Sabarkanlah hati ini...

"Tapi kenapa dengan pelan ni? Encik boss nak buang ke?"

"Nope. Aku suka pelan yang kau buat ni. Sangat teliti. I like it. You're talented Nuri Nafeesa. I can't deny on that."

Nuri Nafeesa senyum mendengarnya. Tangan naik memegang dada yang rasa tersentuh dipuji seperti itu.

Tengku Rafael puji aku ke?

Auch my heart.

Tengku Rafael angkat kepala apabila tiada balasan diterima. Terus dia buat muka apabila melihat Nuri Nafeesa tersengih-sengih macam kerang busuk.

Urgh! Menyesal puji...

"Tak payah perasan sangat eh. Kau bukannya hebat sangat pun." Bidas Tengku Rafael sebelum menjeling gadis itu dengan ekor matanya.

Hilang sengihan di bibir Nuri Nafeesa. Dia ni. Spoil mood aku betul.

"Kata encik boss saya kena assist encik boss. Assist macam mana tu?" Tanya Nuri Nafeesa. Mula serius sedikit. Sikit je lah.

"Actually... I am the one who will assist you."

Terkebil-kebil Nuri Nafeesa mendengarnya.

"Meaning?"

"Baru-baru ni syarikat kita dapat projek baru. Dan aku nak kau handle projek tu."

Melebar senyum Nuri Nafeesa mendengarnya. Serius aa?

"Tapi dengan satu syarat."

Bersyarat-syarat pula dah.

"Syarat apa encik boss?"

Tengku Rafael melepaskan keluhan kecil sebelum bersandar ke kerusinya.

"Orang tahu yang 'kau' assist 'aku'. Tapi hakikatnya tidak. Aku serahkan projek ini kepada kau, tapi semuanya tetap di bawah pantauan aku. Jangan beritahu orang tentang hal ni."

"Maksudnya saya yang buat kerja, tapi encik boss yang dapat nama. Gitu?" Tengku Rafael genggam erat fail ditangan. Rasa nak hempuk je budak ni dengan fail.

"Kind of. Tapi jangan risau, pihak di sana setuju dengan sesiapa sahaja yang aku pilih untuk uruskan projek mereka. Mereka beri kepercayaan seratus peratus kepada aku. Lucky you i choose you. And no one should know about this. Hanya aku dan Rais sahaja yang tahu. Faham?"

✓ TENGKU RAFAEL LUTHWhere stories live. Discover now