🍁 •BAB 62•

85.2K 4.3K 1.1K
                                    

TENGKU RAFAEL terus laju berlari ke ruang tamu sebaik sahaja menerima panggilan dari Rais tadi. Mata meliar memandang segenap ruang di ruang tamu. Pasti Nuri sedang di dapur saat ada bau sedap mengganggu deria baunya.

Tapi tak ada masa nak tergoda dengan bau harum itu. Laju dia mengalih siaran televisyen seperti yang dikatakan Rais tadi.

Berita.

"...kemalangan ini sekaligus meragut nyawa dua orang pegawai polis manakala pemandu, Inspektor Sarafina mengalami kecederaan yang agak teruk di kepala dan kehilangan banyak darah. Inspektor Sarafina juga dipercayai ditikam oleh suspek yang berjaya melarikan diri dari lokasi kejadian sebaik sahaja terlibat dalam kemalangan tersebut. Punca kemalangan masih lagi dalam siasatan manakala suspek, Azam Bin Ahmad kini diburu pihak polis..."

Tengku Rafael mengetap rahang. Ingatkan bila Azam sudah ditangkap, semuanya sudah berakhir. Tapi ternyata sangkaannya meleset.

Kurang ajar betul...

"Abang."

Tengku Rafael pantas matikan televisyen sebelum remote televisyen dicampak ke atas sofa. Laju dia pusingkan tubuh. Mencari wajah Nuri.

"Ya Nuri sayang. Ada apa? Rindu ke?" Tanya Tengku Rafael seraya menarik senyum lebar.

Nuri terus tersenyum sama. Suka melihat Tengku Rafael tersenyum seperti itu. Comel sahaja dua lesung pipi yang tenggelam sikit di kedua-dua belah pipinya.

Dan Nuri tersedar sesuatu. Lesung pipit di pipi itu akan kelihatan jelas kalau Tengku Rafael tersenyum lebar. Kalau senyum biasa, lesung pipit itu tak berapa nampak.

Dan Nuri rasa euphoria apabila mengenangkan senyuman lebar itu hanya untuknya. Dengan Dhiah dulu pun Tengku tak senyum seperti itu.

Okey. Bangga sekejap.

"Nuri ada buat kuih seri muka. Dah siap dah. Abang nak rasa?" Tanya Nuri ceria.

Tengku Rafael jatuhkan kepala.

"Okey! Jom." Nuri terus menggenggam tangan Tengku Rafael sebelum dia menarik lelaki itu agar mengekorinya.

Patuh.

Tengku Rafael pun ikut sahaja. Sehingga tiba di island table.

"Tada!" Nuri menayang satu pinggang dengan beberapa potongan kuih seri muka di atasnya.

Tengku Rafael senyum.

"Sini duduk dengan aku."

Tanpa amaran, Tengku Rafael menyelit tangan di ketiak Nuri sebelum tubuh itu diangkat ke atas island table. Selepas itu kerusi ditarik dan dia labuhkan punggung di hadapan Nuri.

Terkelip-kelip mata Nuri melihat Tengku Rafael yang sudah melingkarkan lengan di pinggangnya.

"Tangan aku penuh." Ujar Tengku Rafael selamba.

Atau erti kata lainnya,

'Aku nak suap'.

Nuri senyum sahaja. Akur. Dia mengambil sepotong kuih seri muka dan dihulur ke mulut Tengku Rafael. Tengku Rafael menggigit separuh kuih itu.

"Hmm. Sedap." Puji Tengku Rafael jujur. Betullah orang kata. Nak pikat suami kena pikat perut dia dulu. Nuri masak memang sedap dan kena dengan selera Tengku Rafael yang tekak melayu tu.

"Betul? Ini first time Nuri cuba buat kuih ni tau."

"Ya. Jujur dari lubuk hati paling dalam. Biasa kalau aku makan kuih ni mesti terlalu manis. Tak pun pulut dia keras atau bahagian hijau dia terlalu lembik. Tapi kau buat nice. Tak manis sangat. Bentuk dia pun lawa. Macam orang yang buat kuih ni." Ujar Tengku Rafael lagi. Tidak bernada tapi cukup buatkan Nuri rasa cair gitu.

✓ TENGKU RAFAEL LUTHWhere stories live. Discover now