🍁 •BAB 53•

85.5K 4.2K 571
                                    

"UMI..." Sayu suara kanak-kanak perempuan berumur sembilan tahun itu menangis di pekat malam. Menggigil tubuhnya dek kerana kesejukan malam. Tangisannya yang sayu tenggelam diantara bunyi unggas-unggas yang berlagu di dalam dalam hutan itu.

Gelap gelita. Takut.

Sumpah dia takut. Tak nampak satu apa pun di sekelilingnya. Bahkan tangan sekalipun. Dia langsung tak nampak hatta jika tangan diletak dihadapan wajahnya sendiri. Membayangkan betapa gelapnya suasana ketika itu.

Dia menangis lagi. Takut. Dia mengecilkan diri di celah batuan kecil itu. Dari pagi tadi dia tersesat di dalam hutan ini. Budak lelaki yang ada bersamanya petang tadi sudah pergi meninggalkannya sendiri. Lagipula kakinya terasa sakit. Membuatkan dia lagi takut untuk keluar dari celah batu ini.

Sampai hati.

Dia benci abang tu. Benci.

Tubuh kecilnya dipeluk tangannya sendiri. Menggigil kecil. Anak kecil mana yang tak takut jika dalam keadaan ini bersendirian. Gelap yang tersangat gelap.

"Umi... Ayah..." Dan sekali lagi sayu dia memanggil ibu bapanya. Mengharap ada bantuan.

Dia terus mengalirkan airmata sehingga matanya terasa sakit. Sehingga matahari mula mengintai dari bumi memberikan sinarnya. Dia terus berdiam di situ. Terus berdiam diri.

Diam. Penat menangis. Matanya rasa penat. Terlalu penat dan sudah bengkak kerana asyik mengalirkan airmata. Bagai tiada harapan.

Saat itu, tiba-tiba ada bunyi kuat melanggar pendengarannya. Bunyi helikopter. Kanak-kanak kecil itu terus bersembunyi di tempatnya. Tubuh kecilnya dikecilkan sebaik mungkin.

Diam. Lama dia berdiam diri.

Bunyi langkah-langkah berat dan ranting patah dipijak membuatkan tubuhnya kembali menggigil. Airmata mengalir lagi. Takut.

Siapa tu?

Saat itu ada kepala terjengul ke celahan batu. Lelaki berbaju uniform celoreng oren itu terus menjerit memanggil orang lain.

"Dah jumpa!"

Dia terus menangis selepas itu. Takut.

"Alhamdulillah. Shh. Adik jangan menangis." Beberapa lagi lelaki berpakaian sama turut menjengul kepala memandang kanak-kanak perempuan itu.

"Mari adik. Abang bawa adik pulang." Seorang lelaki terus memanjangkan tangan ke arah kanak-kanak perempuan itu.

Dia takut. Dia takut mahu menerima huluran itu.

"Adik mari. Ibu dan ayah adik menunggu." Lelaki itu terus menyelitkan tangannya di celah ketiak kanak-kanak itu. Penuh berhati-hati kanak-kanak perempuan itu di angkat keluar dari celah batu itu.

"Alhamdulillah!"

Semua mengucap syukur sebaik sahaja tubuh kecil itu didukung pasukan penyelamat tadi. Kanak-kanak itu menangis lagi.

"Shhh tak apa adik. Mari kita keluar ya?"

Dia dapat rasakan dirinya didukung lembut agar pergi dari kawasan hutan itu. Dia di dudukkan di kerusi dalam helikopter. Dia menangis. Terhinjut-hinjut bahunya. Puas dipujuk oleh anggota-anggota penyelamat itu. Mujur kanak-kanak kecil itu berhenti menangis jua.

Helikopter selamat mendarat. Dia dapat rasakan tubuh lemahnya didukung lagi oleh seorang anggota penyelamat dan dibawa keluar dari helikopter.

"Ya Allah Nuri!"

Sepasang suami isteri terus berlari dan mengambil tubuh kecil itu dari anggota penyelamat tadi.

"Umi!" Kanak-kanak itu kembali menangis. Terus dia memeluk leher uminya erat.

✓ TENGKU RAFAEL LUTHWhere stories live. Discover now