🍁 •BAB 63•

76K 4.1K 961
                                    

TENGKU RAFAEL berdebar. Mula cemas melihat Nuri yang diam membisu. Wajah Nuri yang sudah berubah itu dipandang lama.

"Nuri? Jangan diam macam ni. Say something please... At least a word." Tengku Rafael menggenggam erat tangan Nuri.

Nuri bagai tersedar dari lamunan. Dadanya mula berombak laju. Perlahan-lahan dia menarik tangannya dari genggaman Tengku Rafael.

"I need to go." Serentak itu Nuri terus bangun dari duduknya dan berlalu pergi.

Tengku Rafael terkaku seketika sebelum dia bangkit dan mengejar langkah Nuri.

Bad news.

"Nuri... Nuri!" Tengku Rafael terus merempuh masuk ke dalam bilik. Dia tertelan liur sendiri saat melihat memegang kemas baju-baju di tangannya. Tanpa berlengah dia terus mendekati Nuri. Lengan Nuri ditarik agar menghadapnya. Tapi Nuri menolak lembut sentuhannya. Enggan memandang Tengku Rafael.

"Nuri please... Jangan macam ni." Tengku Rafael cuba mencapai lengan Nuri. Tapi Nuri terundur selangkah.

"No. Abang tak faham. You have no idea how you broke me." Ujar suara itu perlahan.

"That's why i'm here. Abang tahu abang salah. Abang tahu abang punca semua. Abang tinggalkan Nuri. And as a result, you have to deal with your fear of dark for years. Abang tahu abang salah. So please don't do this..."

Nuri mengalirkan airmata saat mendengar suara rapuh Tengku Rafael. Tapi dia takut. Tangan mula melipat kemas baju-bajunya.

"Nuri!"

Selepas itu ada tangan melingkar erat di tubuhnya. Menarik Nuri menjauh dari bagasi kecil itu. Nuri diam. Hanya membatu saat lelaki itu memeluk erat tubuhnya.

"Don't leave me... I can bear losing anyone but not you. So please..." Rayu suara itu. Rapuh.

Nuri cuba menolak lembut tangan yang memeluk tubuhnya. Tapi semakin erat pula pelukan itu terasa.

"I hate you." Luah suara Nuri perlahan.

Tahu. Tapi Tengku Rafael tak mahu lepaskan Nuri. Tak akan sama sekali.

"But i can't hate you." Nuri menunduk. Hanya mampu kaku di dalam pelukan itu.

"Then don't. Don't hate me. Please... Abang tak nak hilang Nuri." Rayu suara itu. Benar-benar rapuh bunyinya.

"Tapi Nuri nak pergi." Nuri meronta-ronta kecil. Tapi Tengku Rafael tetap enggan melepaskan Nuri dari pelukannya.

"No! You can't... You just can't go now. Dah malam Nuri. Just...don't go! Dan abang tak akan lepaskan Nuri. Never." Tengku Rafael menyembamkan wajah di leher jinjang itu. Tak nak hilang Nuri.

Nuri diam. Dia dapat rasakan ada cecair di sisi lehernya. Tengku Rafael menangis. Kerana dia.

Tapi Nuri rasa kosong.

Nuri rasa sangat kosong.

Tangan Tengku Rafael di abdomennya disentuh lembut. Hangat.

He once said that he will cry for me if i want.

And he did cry.

Because of me.











TENGKU RAFAEL laju bangun dari perbaringan saat tersedar ruang di sebelahnya kosong. Lampu tidur dari meja kecil di sebelah membuatkan Tengku Rafael dapat melihat samar-samar ruangan biliknya yang sunyi sepi. Terus segar pandangannya.

✓ TENGKU RAFAEL LUTHWhere stories live. Discover now