🍁 •BAB 18•

54.9K 3.7K 554
                                    

NAIM HAZAMI memandang lama wajah adiknya yang sedang seronok kunyah bun itu.

"Dik..."

"Hmm?" Nuri Nafeesa menjeling sesaat wajah Naim. Ahh sudah. Nak apa pula mamat ni.

"Saja nak tanya. Salah apa kau buat sampai kena macam ni? Baik kau jawab." Naim kecilkan mata pandang Nuri Nafeesa. Sangsi.

"Eh mana ada. Apa abang ni? Nuri budak baik tau." Bebel Nuri Nafeesa. Termuncung-muncung bibirnya. Tak puas hati.

"Yelah tu." Naim melabuhkan punggung di birai katil. Tangan naik di silang ke dada.

"Abang, Nuri nak tanya ni. Abang dah single ke?" Nuri Nafeesa sengih jahat memandang wajah Naim.

Naim terus pandang tajam wajah si adik kesayangan seorang itu. Tangan sudah mencekak pinggang mendengarnya.

"Amboi kau biadap sungguh! Ejek aku pula. Dasar tak sedar diri. Kau pun baru single kan? Alah tak payah nak harok sangat. Sedarlah sikit diri tu single juga. Gampang." Bebel Naim. Gigih dia tahan gelak tutup mulut dengan tangan. Tapi disebabkan tak dapat tahan, terus pecah gelak. Lebih-lebih lagi bila Nuri Nafeesa terus terdiam. Betullah tu. Hahah!

"Betul kan? Hahah! Allah, tersembur aku." Naim mengelap tangannya di baju hospital yang dipakai Nuri.

Kembang-kempis hidung Nuri Nafeesa melihatnya.

"Eeii pengotor!" Marah Nuri Nafeesa sebelum tangan naik menepuk belakang tubuh Naim.

Sengal. Ini lah sebab kenapa Nuri kadang-kadang malas nak mengaku Naim tu abang dia.

Perangai hampeh.

Naim gelak sahaja. Eijaz dan Mella berpandangan sesama sendiri sebelum ketawa kecil. Suka melihat dua beradik itu. Bestnya ada adik beradik yang sama-sama masuk air.

Naim memandang Mella pula.

"Hai awak. Nama siapa?"

"Ziamella. Panggil je Mella."

Nuri Nafeesa dah julingkan mata saat Naim menganggukkan kepala berkali-kali. Dah boleh agak apa yang ada dalam kepala mamat tu.

"Awak single. Saya single. Jom couple?" Naim sengih.

Membulat mata Nuri Nafeesa. Terus dia tampar lengan Naim.

"Eii tak payah! Dia jadi saksi perangai jahiliah abang tadi tau. Dahlah pengotor. Buat malu je." Nuri Nafeesa pula yang malu dengan perangai abangnya ini. Peramah sangat.

"I'm just jokinglah. Too serious. Kalau tak boleh bergurau pergi masuk hutanlah sana. Kan Mella?" Naim mencebik dan terus membelakangi Nuri Nafeesa.

Mella nak tersedak mendengarnya. Automatik bibir menyengih sama. Ada-ada je dua beradik ni. Fun je gaya. Mesti keluarga dia bahagia kan?

Nuri Nafeesa terus urut kepala yang rasa pening sebab layan kerenah kakanda tersayang tu. Ini baru sorang. Belum datang lagi si Nadriel, Naqif, Nadim dengan si Nafis tu. Syukur aku lagi empat orang minion tu tak datang sekali. Kalau tak, memang huru-hara dibuatnya.

Pintu tandas yang terkuak menarik perhatian semua yang berada di situ. Suasana yang meriah tadi terus sunyi sepi melihat susuk tubuh yang baru keluar dari tandas itu.

Tengku Rafael yang tersedar akan pandangan pelik yang dilemparkan ke arahnya terus menarik senyum. Tenang. Namun sebelah tangan naik menggosok belakang leher.

Naim mendekatkan bibir ke telinga Nuri Nafeesa.

"Siapa tu? Kawan ke?" Bisik Naim.

"Bukanlah."

✓ TENGKU RAFAEL LUTHWhere stories live. Discover now