🍁 •BAB 52•

93K 4.5K 1.7K
                                    

NURI diam duduk di dalam pejabatnya. Tangan lincah memusing-musing pen di celah jari jemari runcingnya.

Penat.

Masuk sahaja kerja tadi, semua tanya. Nuri sedia maklum kalau semua sudah tahu tentang hubungannya dengan Tengku. Tapi entahlah. Nuri yang elok tersenyum ceria pagi tadi kembali masam.

Haih.

Penatlah gini.

"Nuri!" Erin merempuh masuk bilik Nuri sebelum dia duduk di hadapan Nuri.

Berkerut dahi Nuri melihat Erin.

"Ada apa Erin? Ada berita tergempar ke?" Tanya Nuri.

Erin garu kepala yang tak gatal. Nak beritahu tapi rasa serba salah. Tak nak beritahu tapi rasa serba salah juga.

"Err. Siapa artis popular tu? Alah yang duk sibuk kontroversi nak kahwin dengan Tengku tu. Yang bergaduh dengan awak hari tu."

Dhiah?

"Dhiah ke?"

"Haa perempuan tu! Saya nampak dia masuk pejabat Tengku tadi."

Terus tegak duduk Nuri mendengarnya.

Dhiah datang sini?

Masuk pejabat Tengku?!

Nuri terus bangun dari duduknya. Laju dia melangkah keluar dari pejabatnya.

"Eh Nuri nak ke mana?" Tanya Erin cemas.

"Tengok drama." Balas Nuri.

Erin terus tepuk dahi. Alamak. Menyesal pula bagitahu Nuri!



NURI NAFEESA tersentak melihat Tengku Rafael dan Dhiah yang duk berpegang tangan sebaik sahaja dia buka pintu bilik pejabat itu.

Heck.

Tengku Rafael memandang lama ke arah Nuri sama.

"Nuri?" Laju dia menarik tangannya yang dipegang Dhiah.

Nuri diam. Bibir bawah digigit. Geram rasa. Lebih-lebih lagi melihat Dhiah yang tersenyum sinis ke arahnya.

Tak makan saman. Dhiah memeluk lengan Tengku Rafael. Terus berubah wajah lelaki itu dengan tindakan tiba-tiba Dhiah.

Nuri mendengus kasar. Laju dia melangkah ke arah dua orang itu.

"Nuri, i..."

Tanpa sempat Tengku Rafael hendak menjelaskan segalanya, Nuri terlebih dahulu menarik kasar tangan Dhiah dari memeluk lengan Tengku Rafael. Nuri mencengkam kasar lengan Dhiah dan terus mengheret Dhiah keluar dari pejabat Tengku Rafael.

"Hei perempuan! Lepaslah!" Dhiah cuba melepaskan lengannya dari pegangan Nuri. Tapi Nuri lebih cepat menolak Dhiah kuat agar keluar dari pejabat Tengku Rafael.

Mata Tengku Rafael terkelip-kelip sendiri sebelum bibirnya menyenget sedikit.

Wow.

"Hei! Kau dah kenapa ha?!" Marah Dhiah. Tajam matanya menikam wajah mendung Nuri.

"Dia suami aku." Nuri memeluk tubuh. Wajahnya sedikit terdongak dan dingin. Penuh yakin. Membuatkan Tengku Rafael senyum senget melihatnya.

Uish.

She's hot.

"Hei. Kau jangan masuk campur urusan aku dengan Tengkulah!" Marah Dhiah.

Nuri angkat bahu dan tayang muka tak kisah. Malas nak bergaduh.

✓ TENGKU RAFAEL LUTHWhere stories live. Discover now