🍁 •BAB 54•

89.5K 4.4K 899
                                    

NURI NAFEESA ternganga melihat satu jet peribadi kecil di hadapannya. Ada dua orang pramugari dan seorang pramugara sedang menyambut ketibaannya dan Tengku Rafael.

Pramugari dan pramugara itu membongkokkan tubuh saat Nuri dan Tengku Rafael lalu melepasinya. Nuri pula dah terangguk-angguk sama.

Nuri ternganga sebaik sahaja masuk dalam jet peribadi itu. Cantik dengan tema hitam dan putih.

"Masuk Nuri."

Teguran dari belakangnya membuatkan Nuri laju masuk ke dalam jet itu. Serta merta tubuhnya menggigil. Takut. Dia ingat lagi ketika dia teman Dhiah pergi Kanada dulu. Sampai muntah-muntah dan terpaksa berehat satu hari di hotel selepas itu. Mabuk dia sumpah tak leh go.

Kaki Nuri rasa menggigil. Ya Allah!

Tiba-tiba Nuri dapat rasakan kakinya tak jejak lantai jet. Tidak terkelip matanya memandang wajah pucat Tengku yang selamba mencempung tubuhnya.

"Tengku! Malulah orang nampak." Bisik Nuri. Malu apabila dua orang pramugari yang melihat sudah sembunyi senyum melihat ke arahnya.

"Kau nampak macam nak rebah. Aku angkatlah." Selepas itu, selamba Tengku Rafael jatuhkan punggung di satu tempat duduk. Nuri pula selamba didudukkan di pahanya. Tengku Rafael menolak kepala Nuri agar berbaring sedikit ke belakang sebelum dia menarik tali pinggang keselamatan dan dipasang di tubuh Nuri.

Nuri terdiam memandangnya.

Ya Allah. Malu bila pramugari-pramugari itu tersenyum sahaja melihatnya dan Tengku seperti ini. Err kak stewardess tak nak halang ke? Salah ni duduk macam ni. Kalau naik penerbangan biasa mungkin kena ceramah.

Dan yup. Dua perempuan cantik dan seorang lelaki tadi terus berlaku ke belakang dan duduk di kabin krew.

Gulp...

"Te...Tengku saya nak duduk sana." Nuri menunjuk ke arah seat di seberang seat yang diduduki Tengku Rafael ini.

Tapi ada tangan memeluk kemas pinggangnya. Menarik Nuri agar berbaring ke belakang.

"Dan biarkan kau muntah dalam jet peribadi aku? That's a no."

Dan Nuri tergamam sesaat. Entah macam mana Tengku tahu agaknya. Tapi dia malu. Manalah tahu aku berat ke...

"Ehem hello ladies and gentleman."

Suara yang menyapa itu membuatkan Nuri angkat kepala.

Eh. Caspian?

"Ready to fly?" Tanya lelaki itu dengan slang britishnya yang seksi.

"Just fly, Pian."

Senyuman di bibir itu mati. Dia menggeleng kepala sahaja sebelum dia melangkah masuk ke ruangan kokpit jet peribadi.

"Caspian will fly this private jet?" Tanya Nuri. Takut pula. Pandai ke Caspian bawa jet peribadi ni?

"He's an ex British's Royal Air Force Nuri. It's fine." Ujar Tengku Rafael. Tahu Nuri takut.

Mata Nuri membulat. Wow. Seriuslah?

Nuri menelan liur. Kembali gementar.

"Shut your eyes and stay calm Nuri. Tak lama pun. Satu jam je." Ujar Tengku Rafael. Tangannya di abdomen Nuri mula menepuk tenang. Menenangkan Nuri.

Dan Nuri terus pejam mata.

Tenang Nuri.







NURI perlahan-lahan melangkah menuruni tangga private jet itu. Tapi lutut terasa lemah dan dia hampir terjelepok jatuh kalau bukan ada tangan melingkar kemas di pinggangnya. Bagai meminjamkan kekuatan.

✓ TENGKU RAFAEL LUTHWhere stories live. Discover now