🍁 •BAB 35•

72K 4.2K 1.2K
                                    

TENGKU RAFAEL diam memandang wajah pucat Nuri Nafeesa yang masih tidak sedarkan diri itu. Tengku Rafael tak tahu mengapa tapi sumpah dia rasa risau nak mati.

Ya Allah.

Wajah pucat Nuri dipandang lama. Nuri tipu dia ke? Nuri ada beritahu bahawa dia akan pulang menaiki Eijaz memandangkan Eijaz mahu menghantar Nuri pulang. Tapi kenapa pula Nuri balik naik teksi malam tadi?

Tengku Rafael tenggelam dalam lamunannya. Nuri kecil hati ke dengan dia? Atau Nuri dengar suara Dhiah semalam?

Serta merta fikirannya melayang. Teringat akan memori semalam.

REPLAY >>

Tengku Rafael memarkir kereta di bahu jalan. Mahu menunggu Nuri Nafeesa sekejap.

Sepuluh minit kemudian namun bayang Nuri Nafeesa masih tidak kelihatan. Rasanya dia sudah memberi tahu Nuri yang dia akan tunggu di bawah pagi tadi. Lantas Tengku Rafael melangkah keluar dari kereta. Saja dia melangkah keluar dari kereta kerana ada jalan besar di hadapannya. Kadang Nuri tu cuai. Melintas jalan pun boleh cuai.

Entah bagaimana tiba-tiba ada kereta berhenti di hadapannya. Cermin gelap kereta itu diturunkan menunjukkan manusia di dalam kereta itu.

"Eh Tengku tak balik lagi ke? Tunggu siapa?" Sapa suara perempuan itu.

Oh.

Dhiah rupanya.

Tengku Rafael cuma senyum nipis sahaja.

"Awak dari mana?" Tanya Tengku Rafael.

"Saya baru lepas photoshoot."

"Oh."

Diam seketika. Tengku Rafael pun tak tahu nak tanya apa dah.

"Ermmm. Kalau saya tumpang Tengku boleh tak?"

"Hmm? Tumpang saya?"

"Ya. Sebab saya kesian dengan manager saya ni. Seharian dia memandu ke sana ke sini. Kan Hady?" Dhiah menepuk bahu Hady di bahagian penumpang.

Hady bagai keliru tapi dia terus mengangguk setuju.

Tengku Rafael terus menyeluk poket seluarnya dan menoleh membelakangi Dhiah. Menelefon Nuri.

Lama dia menunggu sebelum panggilan akhirnya diangkat oleh Nuri.

"Ya Tengku?"

"Kau kat mana? Aku tunggu kau kat bawah ni." Tanya Tengku Rafael perlahan.

"Saya kat..."

"Tengku? Boleh ke saya tumpang Tengku?" Pertanyaan Dhiah yang mengganggu perbualan Tengku Rafael dan Nuri membuatkan suara di corong telefon tadi terus terdiam seketika.

"Oh. Err tak apalah. Saya boleh balik sendiri." Beritahu Nuri.

"Betul ke? Aku tunggu kau ni. Dhiah ada manager dia. Manager dia boleh hantar." Bisik Tengku Rafael lagi.

"Eh tak apa. Eijaz kata dia nak hantar saya balik tadi. Eloklah saya balik naik dia." Tolak Nuri.

Tengku Rafael melepaskan keluhan.

"Hmm. Jangan melencong ke tempat lain pula."

"Ya. Baik boss saya tak melencong. Jangan risau." Balas Nuri tenang.

Tengku Rafael menjatuhkan kepala mengerti dan terus memutuskan panggilan. Skrin telefonnya yang gelap dipandang lama sebelum dia menoleh memandang Dhiah yang masih terjenguk di tingkap keretanya.

"Jom. Saya tumpangkan awak." Ujar Tengku Rafael seraya menjeling skrin telefonnya buat kali terakhir sebelum objek hitam nipis itu terus disimpan di dalam poket seluar slacknya.

✓ TENGKU RAFAEL LUTHWhere stories live. Discover now