🍁 •BAB 22•

60.4K 3.9K 619
                                    

TENGKU RAFAEL melangkah masuk ke dalam bilik sekuriti yang jauh tersembunyi di dalam hotel mewah itu.

Kasheeda yang diam memerhati setiap rakaman CCTV sedar akan kehadiran Tengku Rafael namun dia abaikan dahulu. Dia memerlukan fokus untuk melihat semua rakaman CCTV ini.

"Have you found anything?" Tanya Tengku Rafael.

"Not for now. Saya masih meneliti semua rakaman yang ada. Tengku boleh tunggu kan?" Kasheeda langsung tidak menoleh memandang Tengku Rafael. Mata tajam memandang skrin besar itu.

Tengku Rafael mengeluh.

Rasa tak sabar tapi dia tahu bukan mudah nak meneliti semua rakaman yang ada.

"Cam 9 stop!" Automatik skrin terus memaparkan rakaman dari kamera nombor sembilan.

"Found him."

Lelaki berpakaian hitam kelihatan di skrin. Dia seolah-olah memandang sekeliling sebelum dia mencengkam kolar satu pelayan hotel.

Dia menolak lelaki itu masuk ke dalam stor dan tanpa disangka, seorang lagi lelaki muncul dan terus menyusup masuk ke dalam bilik itu sama.

"What the heck are they doing?"

Lama kemudian, suspek bersama seorang lagi lelaki tadi keluar dari stor. Bajunya sudah bertukar dengan baju pelayan lelaki tadi.

"Ouh Okay. They are intelligent."

Tengku Rafael mendengus kasar melihat gerak geri dua orang itu. Lelaki berpakaian serba hitam tadi menghulurkan sesuatu ke arah rakan sekutunya.

Rakan sekutunya terus menaruh objek itu ke dalam poket seluarnya sebelum berlalu pergi.

"What happened?" Suara garau itu membuatkan semua pasukan keselamatan terus tegakkan tubuh.

"Tuan muda!"

Tengku Rafael terkebil-kebil memandang dua orang lelaki yang melangkah tenang mendekatinya.

"Tunku Noah? Tunku Niel? Tunku buat apa di sini?"

"I've received a report. What had happened to your woman, Ku Raf?" Tanya Tunku Niel.

Tengku Rafael terus menjeling Kasheeda di sebelahnya.

"I'm sorry but no sorry. That's our protocol. Thus, this hotel are already theirs. They should know." Jawab Kasheeda sebelum sempat Tengku Rafael menyoal.

Tengku Rafael meraup wajah.

"Lelaki tu buat apa dekat perempuan kau?" Tunku Noah menjeling Tengku Rafael sesaat sebelum kembali melekat memandang skrin besar itu. Tajam mata emasnya menikam lelaki di skrin.

Diam. Tengku Rafael tak tahu hendak jawab apa.

"Okay. I get you." Tunku Noah memberi isyarat mata kepada Tunku Niel. Tunku Niel yang mengerti terus ternganga kecil. Gila. Kalau perempuan aku kena sentuh pun aku mengamuk.

"Shit these people. They're messing with Royal family in my hotel. Bastard." Perlahan sahaja suara garau milik Tunku Noah mencarut. Tapi cukup buat suasana bilik ini tiba-tiba senyap sunyi. Kasheeda juga diam seketika.

"You want to kill him?"

Tengku Rafael mengetap rahang mendengar soalan Tunku Noah. Semakin berkobar-kobar amarah di dada.

"Sure. Why not." Pendek sahaja balasan Tengku Rafael.

Tunku Noah mengangguk perlahan.

"Kami dah check dengan receptionist. Mereka beritahu yang bilik itu didaftarkan dibawah nama Izzaril Bin Hazali." Lapor Kasheeda.

✓ TENGKU RAFAEL LUTHWhere stories live. Discover now