🍁 •BAB 7•

53.2K 3.6K 364
                                    

NURI NAFEESA dan Afham berpandangan sesama sendiri sebaik sahaja mendengar arahan Tengku Rafael yang disampaikan oleh Mella.

"Apa? Naik atas?" Tanya Nuri Nafeesa. Macam tidak percaya mendengarnya.

"Ya Nuri. Tengku Rafael minta untuk awak berdua pindah ke atas. Bantu apa yang patut. Sebab kita ada banyak projek nak kena handle sekarang ni." Ujar Mella.

"Ouh." Tersenyum lebar Nuri Nafeesa mendengarnya. Nampaknya mulai hari ini, mereka akan jadi pekerja yang 'sebenar-benarnya'.

Nuri Nafeesa menjeling Afham. Sebelah kening dijongket berkali-kali.

Afham ketawa melihat Nuri Nafeesa. Ada-ada je budak ni.

"Tapi Cik Mella, kenapa baru sekarang?" Nuri Nafeesa mencebik mengenangkan encik majikan yang satu itu. Baru dapat kesedaran ke apa?

"Like i say, syarikat kita dapat banyak projek dan mereka perlukan bantuan. So you will help your seniors. Tolong apa-apa yang patut. Plus, awak berdua bolehlah belajar dari mereka. Ada faham?" Bebel Mella panjang lebar.

Nuri Nafeesa hanya menyengih sahaja.

"Bereh bos!" Nuri Nafeesa angkat tabik. Mella hanya menggeleng kepala melihatnya. Macam budak-budak.

"Tapi saya rasa awak berdua kena handle tender baru kut. Sebab lately ni, Tengku ada jumpa client. I don't know. Just wait and see."

Bersinar mata Nuri Nafeesa mendengarnya. Wah. Eksaited!

"Awak berdua kemas-kemas dulu. Kejap lagi saya datang semula." Mella senyum sebelum berlalu pergi.

"Ok!" Nuri Nafeesa ceria berkata sebelum berlari ke mejanya.

"Nuri... Nuri..."

Patutlah ramai orang suka dengan sikap Nuri Nafeesa. Ceria sahaja orangnya.

"NURI?" Afham membuka pintu bilik office Nuri Nafeesa dan menjengulkan kepala ke dalam bilik pejabat itu. Terlepas tawanya melihat Nuri Nafeesa yang asyik main pusing-pusing dengan kerusinya.

Comel.

"Awak buat apa Nuri?"

Nuri Nafeesa tersentak. Terus dia angkat kepala memandang Afham. Aduii. Potong betullah Afham ni.

"Tak ada apa-apa. Kerusi ni ha best gila! Empuk! Boleh pusing-pusing lagi." Nuri Nafeesa senyum lebar. Seronok betul bila dapat bilik office sendiri walaupun tidaklah sebesar bilik-bilik office yang lain.

"Oh ya. Kenapa awak datang bilik saya?" Tanya Nuri Nafeesa.

"Saya baru lepas jumpa Tengku Rafael. Tengku suruh saya seru awak masuk bilik dia sekarang." Ujar Afham.

Afham ni hensem sebenarnya.

Eh tiberr!

"Untuk apa masuk bilik dia? Tak naklah saya. Kalau kena tangkap basah macam mana?"

Terlepas tawa Afham mendengarnya. Ya Allah budak ni. Merepek dia tu.

"Kalau kena tangkap basah dengan dia, meh saya ganti dia. Bolehlah kita kahwin free." Seloroh Afham. Bukan senang dia nak bergurau dengan orang. Kira advance dah ni.

Nuri Nafeesa terus buat muka sebelum akhirnya dia tertawa sendiri.

"Dahlah. Saya pergi dulu ya." Nuri Nafeesa angkat punggungnya dan terus berlalu ke bilik office Tengku Rafael.

"Holla Mella. Encik boss ada kat dalam ke?" Nuri Nafeesa menjengah ke dalam bilik Mella. Perempuan yang sedang asyik menaip itu terus mengangkat muka.

✓ TENGKU RAFAEL LUTHWhere stories live. Discover now