🍁 •BAB 26•

67.6K 3.7K 418
                                    

NURI NAFEESA membuka mata perlahan-lahan. Badannya menggigil. Sungguh dia masih dihantui mimpi yang dia sendiri lupa saat membuka mata tadi. Tapi dia takut. Tubuhnya menggeletar bersama pandangan yang semakin kabur.

Tanpa dia pinta, setitis airmatanya jatuh dari hujung mata membasahi bantal.

Nuri Nafeesa terus mengalirkan airmata lagi.

Tak tahu mengapa tapi hatinya benar-benar rasa sakit.

"Nuri?" Sayup-sayup kedengaran ada suara serak menyebut namanya.

"Nuri Nafeesa?" Suara yang sama. Satu-satunya suara lelaki yang buatkan dia rasa selamat. Rasa dijaga.

"Shh it's okay."

Airmata semakin laju turun dari hujung mata saat ada tangan memeluknya erat tubuh Nuri Nafeesa yang menggeletar. Nuri Nafeesa terus memeluk erat leher lelaki itu. Tangan kasar itu pula menepuk lembut tubuhnya. Menenangkan Nuri Nafeesa yang dilambung emosi.

"Ss... saya takut..." Adu Nuri Nafeesa perlahan. Antara dengar dan tidak.

"Jangan takut. Kau ada aku."

"WHAT happened to your face bruh?" Berkerut wajah Arheo Higa melihat wajah Tengku Rafael. Terkejut. Dengan Rais sekali terkejut sama melihat wajah Tengku Rafael. Ada lebam yang sudah membiru di hujung bibir dan luka kecil dengan dua jahitan yang agak tersembunyi di dahinya.

Bergaduh?

Zaman bila bergaduh bertumbuk ni?

"Aku kena serang semalam." Balas Tengku Rafael dengan wajahnya yang keletihan sebab tidur tidak teratur dari semalam.

"Eh? Habis tu kau okey tak? Aku ingatkan serius sangat sampai masuk hospital." Tanya Rais pula. Dia dan Arheo bergegas ke hospital apabila Tengku Rafael call tadi. Tapi melihatkan keadaan lelaki itu, macam tak teruk sangat.

"Nuri masuk hospital."

"Apa?!"

"What?!"

Arheo dan Rais berkata serentak. Terkejut beruk mendengarnya.

"Kenapa dengan Nuri? Dia okey tak?" Tanya Arheo lagi.

"Aku kena serang semalam dan pada masa yang sama, ada orang serang Nuri juga. Entah. Aku pening kepala lah." Tengku Rafael meraup wajah. Tubuh disandarkan ke backrest kerusi. Dia penat. Dia letih. Satu badan sakit sebab dia terjatuh motorbike semalam.

Terdiam. Arheo dan Rais hanya mampu membisu dan memandang wajah kusut Tengku Rafael.

Siapa yang tak bertamadun cari fasal dengan orang macam ni?

"Kau rasa, orang yang sama ke?"

"Mungkin ya. Mungkin tidak." Ringkas sahaja jawapan Tengku Rafael. Dia sendiri tidak mahu tuduh melulu. Siasat dulu elok-elok.

"Tapi kalau nak cakap ya, agak mustahil sebab kejadian berlaku pada masa yang sama." Arheo berkata. Mengeluarkan apa yang ada di fikirannya.

"Kalau bukan orang yang sama pun boleh jadi juga. Mungkin salah seorang antara dua penyerang ni adalah mastermind dia? Who knows." Rais buat andaian pula.

Tengku Rafael mengangguk perlahan. Dua-dua andaian itu boleh diguna pakai. Kebarangkalian bagi kedua-duanya agak tinggi juga. Tapi...

Oh shiit!

"Tapi isteri kau macam mana? Teruk sangat ke?"

"Leher dia terkena pisau. Nasib baik luka pisau tu tak terlalu dalam." Ujar Tengku Rafael.

✓ TENGKU RAFAEL LUTHWhere stories live. Discover now