🍁 •BAB 70•

107K 4.7K 1.4K
                                    

AZAM menarik kasar pisau yang menikam pahanya ke tepi. Rahang diketap erat. Sakit. Tajam matanya menjeling Nuri yang mahu berlari keluar dari ruangan ini. Cepat-cepat dia bangkit. Mahu menangkap Nuri.

Tapi tak sampai sesaat, tampang wajah dingin Tengku Rafael melanggar pandangannya sebelum tanpa amaran, lelaki itu melayang tangan kanannya ke arah Azam. Menampar sisi kepala Azam dengan belakang tangan.

Azam terundur dan kembali terduduk di atas lantai. Tangan menekap luka tikaman di paha yang terasa sakit. Azam menjeling remaja perempuan di hujung ruangan itu. Tanpa amaran, dia terus merapati remaja itu. Leher remaja perempuan itu dicengkam kemas sebelum pistol di acu ke kepala.

Tengku Rafael berdiam diri di tempatnya. Tajam mata memandang gadis itu dan Azam bersilih ganti.

"I'm resilient Tengku. You can't kill me." Azam menolak kepala remaja itu dengan muncung pistolnya.

"But you're pathetic. That's a fact and you can't deny that." Balas Tengku Rafael. Masih bertenang. Sekurang-kurangnya Nuri sudah lari.

Remaja itu meronta-ronta. Cuba melepaskan diri tapi Azam bersedia untuk menarik picu melihatkan Tengku Rafael yang mula ambil langkah mendekatinya.

"Woi!"

Saat itu ada seseorang terlebih dahulu meluru ke arah Azam. Remaja perempuan itu ditolak ke tepi sebelum dua manusia tadi mula bergelut sesama sendiri.

Berkerut dahi Tengku Rafael.

Afham?

Tengku Rafael mendengus kasar. Lantas dia mendekati remaja perempuan tadi. Ikatan di pergelangan tangan dan duct tape yang menutup mulut gadis itu dibuka. Pandangan mata remaja itu ke arah Azam tajam. Bagai tidak gentar.

Bang!!!

Bang!!!

"Argh!" Sebelah lutut Afham jatuh ke atas lantai apabila tembakan kedua tepat merodok daging pahanya. Sakit. Berkerut wajah itu.

"Kau lagi. Bila kau nak mampus ha?" Azam mencengkam kasar rambut Afham. Memaksa Afham berdiri. Tapi selepas itu dia menendang Afham kuat. Afham jatuh terbaring di atas lantai. Tapi Azam tanpa belas kasihan terus memijak kuat paha Afham yang terkena tembakan tadi membuatkan Afham terus menjerit sakit.

Tengku Rafael berang melihatnya. Laju dia melangkah ke arah Azam tapi Azam cepat-cepat menarik semula rambut Afham agar berdiri sebelum dia mengacu muncung pistol di kepala Afham.

"Kau datang dekat, dia mati!" Ugut Azam.

Tengku Rafael berhenti melangkah. Tapi dia cuma bertenang. Perlahan-lahan dia menarik senyum.

"Tak nak lari ke? Kau kan pengecut. Baik kau lari sekarang. Aku beri masa ni." Tengku Rafael menjeling jam di pergelangan tangannya.

Dahi Azam berkerut sedikit. Bingung.

"Satu... Dua..." Tengku Rafael angkat kepala. Penuh sinis dia memandang ke arah Azam.

"Tiga."

Serentak itu beberapa orang pegawai polis merempuh masuk ke dalam ruangan itu dan mengangkat senjata raifal dan pistol mereka ke arah Azam.

"Polis! Letakkan senjata anda!"

"Raf?" Rais dan Caspian muncul sama. Mereka meliarkan mata ke sekeliling. Mencari Nuri tapi tiada. Namun Rais dan Caspian memandang sesama sendiri buat seketika saat melihat lelaki yang dijadikan tahanan oleh Azam.

Afham?

Kenapa dia ada kat sini?

Azam mendengus kasar. Tubuh Afham ditolak ke tepi sebelum dia angkat tinggi pistol di tangan ke kepala Afham. Bersedia untuk melepaskan tembakan.

✓ TENGKU RAFAEL LUTHWhere stories live. Discover now