🍁 •BAB 45•

79.2K 4.3K 2.3K
                                    

"NURI? TENGKU?"

Nuri tersentak melihat wajah Dhiah yang sudah tegang itu. Laju dia menolak tangan Tengku Rafael yang masih di pinggangnya saat mata Dhiah tajam memandang tangan itu. Malangnya tangan itu tak nak jatuh pula. Nuri menolak dada Tengku Rafael agar menjauh.

Berjaya.

Tengku Rafael jatuhkan jua tangan dari tubuh itu.

"Apa semua ni? Suami? Isteri?" Dhiah memandang tajam ke arah Tengku Rafael dan kemudian jatuh pula ke wajah Nuri. Tajam.

"Nuri? Aku tanya ni? Apa hubungan kau dengan Tengku?" Tanya Dhiah garang.

Wajah Nuri berubah pucat. Bibirnya menggeletar kecil.

"Ya Allah. Dhiah. Sabar Dhiah. Aku... Aku boleh terangkan." Nuri cuba menarik tangan Dhiah.

Dhiah terus menolak Nuri sebelum tangan diangkat mahu hinggap di wajah Nuri. Tapi Tengku Rafael pantas menahan tangan itu dan menolak perlahan Dhiah agar menjauhi Nuri.

"Dhiah listen..." Tahan Tengku Rafael.

"Tengku permainkan hati saya!"

"No. I am not. I told you from the first time we met at the hospital that we were just friends. Nothing more. Nothing less." Jelas Tengku Rafael. Tenang.

"Tapi awak beri saya harapan Tengku. Tengku tahu tak yang saya sukakan Tengku?" Dhiah mahu menangis sahaja wajahnya.

Buatkan Nuri rasa serba salah kerana menyakiti hati Dhiah.

Tengku Rafael cuma diam saat pandangan berkaca Dhiah tajam memandangnya penuh harapan.

"Dhiah. Aku minta maaf tapi... Tapi biar aku jelaskan." Pujuk Nuri.

"Kau perampas! Perempuan tak guna! Kau rampas Tengku dari aku." Marah Dhiah. Tangan diangkat mahu menampar pipi Nuri.

Panggg!!!

Nuri tertunduk. Perlahan-lahan tangan naik menyentuh pipi yang terasa pijar.

"Kau memang tak guna!" Dhiah mahu meluru ke arah Nuri lagi. Tapi Tengku Rafael lekas-lekas berdiri di hadapan Nuri. Menghalang Dhiah menyentuh Nuri lagi.

"Perempuan tak guna!" Amuk Dhiah lagi.

Tengku Rafael menolak Dhiah kuat sehingga Dhiah terundur dua langkah.

"Don't touch her." Ujar Tengku Rafael perlahan. Tapi keras.

"Sampai hati awak, Tengku. Kenapa awak beri saya harapan?"

"Saya tak pernah beri awak harapan. Daripada awal perkenalan kita, saya dah beritahu yang kita cuma kawan. Kita keluar makan sebagai kawan dan kita berkenalan sebagai kawan."

"Tapi awak layan saya baik. Saya anggap awak cintakan saya juga."

"Because that's what friends do. Be kind to each other. Kita cuma kawan. Awak yang salah anggap tentang layanan baik saya."

"Alasan. Ini semua sebab perempuan bodoh ni kan? Perempuan bodoh ni yang rampas awak dari saya!"

"Dia isteri saya, Dhiah. Tak ada istilah rampas merampas antara awak, saya dan dia. From the start, she is mine. She's my wife. And that's it." Tengku Rafael terus menarik Nuri agar kembali berdiri di belakangnya.

"Tipu. Kau memang kawan paling tak guna Nuri! Kau rampas Tengku dari aku!" Jerit Dhiah lantang.

Nuri terus menggeleng laju. Jatuh juga airmata di pipinya. Sungguh dadanya dihenyak rasa serba salah.

✓ TENGKU RAFAEL LUTHWhere stories live. Discover now