🍁 •BAB 68•

96.7K 4.2K 568
                                    

NURI NAFEESA memanjangkan leher ke dalam bilik kerja Tengku Rafael. Mahu mengintai apa yang lelaki itu sedang lakukan. Senyuman di bibir Nuri mati saat melihat Tengku Rafael sedang membuka butang kemejanya satu persatu. Selepas itu Tengku Rafael membuang plaster yang menutup luka tikaman di abdomennya.

Nuri melepaskan keluhan.

Kasihan Tengku cedera.

Nuri terus memboloskan tubuh masuk ke dalam bilik kerja itu.

"Sini. Biar Nuri tolong abang."

Nuri terus duduk di sebelah Tengku Rafael. Tangan merampas plaster di tangan itu dan diletak di atas meja.

Tengku Rafael senyum nipis sebelum menyandarkan tubuh ke belakang. Mahu rilek-rilek. Tak perlu nak susahkan diri sebab dah ada isteri yang tolong cucikan luka.

Diam seketika. Hanya Nuri yang ligat tangan melakukan kerjanya.

Tengku Rafael menongkat kepala. Memandang lama wajah Nuri. Geram melihat Nuri yang asyik menyelit rambutnya yang jatuh menutup wajah ke belakang telinga, Tengku Rafael terus tegakkan tubuh.

"Mana ikat rambut Nuri?" Tanya Tengku Rafael.

"Ada ni." Nuri menayang ikat rambut di pergelangan tangannya.

"Bak sini. Biar abang tolong ikatkan rambut Nuri." Tengku Rafael menarik ikat rambut berwarna hitam itu dari tangan Nuri. Punggung mengengsot sedikit mendekati isterinya.

"Abang. Duduk diam-diam."

"Sekejap sayang. Abang nak ikat rambut Nuri dulu." Tengku Rafael mula satukan rambut Nuri. Ikat rambut yang di kemam di bibir pantas dicapai dan mula menyanggul tinggi rambut itu.

Nuri automatik senyum. Okey. Tak jadi nak bebel lagi.

"Dah. Ya Allah apa ni?" Tengku Rafael tolak-tolak sanggul Nuri. Terlonggar pula dia ikat. Dah sanggulnya macam apa bergerak ke kiri ke kanan.

Nuri cuma ketawa. Dia yang ikat dia yang tanya kita.

Penuh berhati-hati Nuri menampal plaster baru menutup luka tikaman itu.

"Siap!"

Tengku Rafael tunduk memandang abdomennya sebelum dia memandang Nuri semula.

"Terima kasih."

"Sama-sama." Nuri senyum sebelum tangan naik menyentuh sanggulnya.

Serabainya sanggul aku.

"Ya Allah. Abang tolong ikatkan rambut Nuri ke tolong buat Nuri jadi serabai?" Tanya Nuri. Ikatan rambutnya dibuka semula. Kali ini dia sendiri yang menyanggul tinggi rambutnya.

Tengku Rafael hanya diam memandang tingkah Nuri. Terkelip-kelip Nuri memandang Tengku Rafael.

"Abang... pandang apa?" Tanya Nuri.

Bibir Tengku Rafael menyenget.

"Saja pandang Nuri. Nuri ikat rambut pun nampak seksi." Komen Tengku Rafael selamba. Muka kosong tanpa reaksi namun mata tak lepas dari memandang Nuri.

Nuri senyum malu. Berbahang rasa wajah.

"Mengada. Nuri dah siap masak. Abang nak makan? Kalau nak abang pergilah makan. Nuri nak mandi dulu. Berpeluh badan. Busuk." Nuri bangun dari duduknya.

Terkejut Nuri saat ada tangan terlebih dahulu memeluk pinggangnya sebelum punggung rasa terhenyak di atas paha Tengku Rafael. Nuri urut dada. Nak tanggal rasa jantungnya.

"Abang..."

"Apa?" Tanya Tengku Rafael selamba sebaik sahaja mendengar suara Nuri yang meleret memanggilnya.

✓ TENGKU RAFAEL LUTHWhere stories live. Discover now