🍁 •BAB 28•

68.2K 4K 1.1K
                                    

RAIS HALIMI merenung lama kertas kecil di tangannya itu. Ada nombor telefon dan nama kecil tertulis di atas kertas itu.

Dhiah Nageena.

Rais menggeleng kepala. Tangan terus menyeluk poket seluar tracknya dan mengeluarkan satu lighter.

Kertas kecil itu diangkat tinggi dan lighter dihidupkan. Perlahan-lahan kertas itu dibakar dan terus dilepaskan dari balkoni biliknya. Diam. Mata hanya memerhati kertas yang sedang terbakar itu melayang jatuh menyentuh lantai.

Puas.

Puas benar rasa hati Rais melihat kertas itu yang sudahpun menjadi cebisan.

Good job, Rais.

Telefon bimbit yang berdering lantang minta diangkat menarik perhatiannya. Pantas dia mencapai telefon di atas meja kecil di balkoni.

Arheo.

Ikon hijau disentuh perlahan.

"Yow. Amacam? Kau buat apa dengan kertas tu?" Tanya suara dalam corong telefon itu sebaik sahaja Rais menjawab panggilan dari Arheo. Suara Arheo yang agak kuat membuatkan Rais menjauhkan sedikit telefon dari telinganya.

Haish! Nasib baik kau seketul Arheo Higa. Kalau tak memang aku dah sound suruh bagi salam awal-awal.

"Aku dah bakar dah. Mission accomplish."

"Uuu good joob Rais! Kau memang terbaik! Tapi kan, kau rasa menyampah tak dengan si Dhiah tu?" Tanya Arheo. Dah mula dah aura nak bergosip dia tu. Tak padan lelaki. Kadang kala mulut dia kalah perempuan.

"Mestilah aku menyampah. Dahlah banyak kontroversi. Gedik." Kutuk Rais pula. Setepek.

"Wah. Kau sejak putus cinta ni bukan main anti eh dengan perempuan." Ujar Arheo. Saja dia tekankan perkataan putus cinta tu sampai berkahak anak tekak.

Hahah!

"Mana ada aku putus cinta. Aku kawan jelah dengan dia. Dia yang pilih orang lain jadi suami dia. Takkan aku nak halang pula." Ujar Rais tenang. Betul kan? Kalau orang tak sudi dengan kita, takkanlah kita nak memaksa.

"Alaa Rais. Jangan sedih-sedih. Kawan Nuri kan ada. Yang cantik tu. Yang bertudung manis tu. Yang kau usyar masa t..."

"Ya. Okay fine. Diam!" Rais terus potong kata-kata Arheo. Menghalang mamat tu meneruskan kata-katanya. Panas je telinga mendengar kata-kata Arheo tadi.

Wah bukan main kau kenakan aku ya...

Arheo sudah bantai gelakkan Rais. Dengar suara je dah tahu yang mamat tu tengah bengang.

"Esok belanja aku makan. Kita ajak Nuri sekali." Usul Arheo selepas hampir selesai ketawakan Rais.

"Apa hal pula aku nak kena belanja kau?"

"Kau kan kaya. Apa salahnya sekali-sekala kau belanja aku dengan Nuri. Kan elok tu. Aku ni kerja biasa-biasa je. Rais pagi makan pagi, rais petang makan petang." Ujar Arheo. Cuba memancing simpati member tu.

"Kais lah sengal!" Marah Rais. Rosak bahasa. Tu lah dulu elok mak kau hantar pergi sekolah suruh kau belajar, kau pergi melencong ke tempat lain.

Eh sat.

Kerja biasa-biasa?

Kerja biasa-biasalah sangat tapi ada Mustang dengan Ferrari sebuah. Aku yang dia kata kaya pun mampu Audi je.

Dasar! Nak kena pukul Arheo ni agaknya.

"Tak kisahlah. Esok tau. Jap aku nak telefon Nuri sat. Nak ajak isteri orang tu keluar sama." Ujar Arheo. Arheo memang rapat dengan Nuri. Mungkin sebab dia suka dengan Nuri yang ceria dan periang. Nuri pun jenis yang pasrah je melayan perangai dia yang kadangkala macho kadangkala macam kanak-kanak ribena pun ada. Tu yang boleh ngam tu.

✓ TENGKU RAFAEL LUTHWhere stories live. Discover now