🍁 •BAB 2•

75.5K 3.9K 517
                                    

NURI NAFEESA senyum lebar melihat lelaki di hadapannya. Encik Rais. Ingatkan Encik Rais sudah berumur. Rupanya masih muda kau tau. Handsome pula tu.

"Oh. Awak orang Johor. Masih muda. Adik-beradik ada berapa?" tanya Encik Rais. Peramah orangnya. Berkulit sawo matang. Bibir pula senyum je sentiasa.

Nuri Nafeesa sengih mendengarnya.

"Adik beradik saya ada enam orang. Saya anak ke lima."

"Wah ramainya. Saya anak tunggal. Tu yang lonely tu." Rais Halimi senyum lagi.

Kemudian dia teringat akan sesuatu. Terus kepala diangkat memandang wajah Nuri Nafeesa.

"Hmm. Actually, kalau boleh Tengku nak saya ambil orang yang sudah ada pengalaman bekerja. Means, seseorang itu mestilah pernah bekerja dan sudah ada pengalaman sebelum ini. Dan awak fresh graduate. Belum ada pengalaman bekerja selain daripada Seven-E. It kinda hard for me to make a decision. Did you get me?" Tanya Rais Halimi penuh berhati-hati.

Nuri Nafeesa masih dengan senyumannya.

"Yes i get you."

"Good. So what can you do? You know. Convince me on 'why' i need to take you as one of us. Why, i should choose you instead of anybody else. Tell me."

Nuri Nafeesa menarik nafas dalam-dalam. Kan dah cakap. Soalan dia mesti klise punya. Nasib dah ada skema jawapan dalam kepala otak.

"That's why you should take me. Bila encik ambil saya bekerja, saya akan dapat pengalaman yang baru. Mungkin pengalaman yang jauh lebih baik dan mematangkan saya. Lagipula, kalau semua syarikat di Malaysia mahukan pekerja yang sudahpun punya pengalaman, apa yang akan jadi kepada pelajar-pelajar yang baru sahaja menggenggam segulung ijazah? Mereka tidak punya pengalaman. Jadi adakah mereka akan terus menganggur? Apabila encik ambil mereka yang baru lepas ini, mungkin Encik Rais dapat mencungkil bakat-bakat baru. Syarikat ini juga dapat mencungkil bakat arkitek-arkitek muda yang hebat. Bukankah begitu?"

Encik Rais senyum lucu melihat gadis muda itu. Perlahan-lahan tangan diangkat dan ditepuk.

"Jawapan yang poyo. Skema. But i like it. Especially when you show me that vibes. Positive. Confident. And yes. Your argument was already convincing enough." Encik Rais senyum lagi.

"Saya nampak skema sangat ke?" Nuri Nafeesa tersenyum janggal.

"Nope. I've seen worst than you." Ya. Gadis kecil ini bukanlah orang yang paling skema dia pernah lihat.

Tapi Tengku Rafael.

Dialah orang yang paling skema pernah wujud. Poyo. Nerd.

Tapi itu semua dulu. Kisah lalu.

"Tapi majoriti perempuan yang bekerja di syarikat ini lebih memilih bahagian interior design. Hiasan dalaman rumah. Berikan satu alasan kenapa awak pilih untuk menjadi arkitek berbanding pereka hiasan dalaman." Soal Encik Rais. Tangannya menyelak helaian fail yang dibawa Nuri Nafeesa. Sekali-sekala kepalanya diangguk melihat informasi tentang gadis muda itu.

"Being an architect is my dream since i was a kid. Cita-cita. And i am so nervous now as i can make my dream come true. As a reality." Nuri Nafeesa senyum. Sebenarnya berdebar juga dada apabila melihat tenungan mata Encik Rais itu.

Tapi better lah daripada masa interview dengan pengurus satu supermarket dulu. Pengurusnya seram gila. Tenung orang macam tenung apa. Sebab itu tak sampai tiga hari dah berhenti. Adalah sebabnya. Malas nak cerita.

✓ TENGKU RAFAEL LUTHWhere stories live. Discover now