🍁 •BAB 49•

85.1K 4.3K 1K
                                    

NURI senyum nipis melihat keychain comel dari resin yang diukir membentuk burung kakak tua. Cantik. Comel pun ya.

Nuri terus mendekati oyen yang sedang terlompat-lompat atas rumput di belakang rumah. Keychain di tangan ditayang di hadapan oyen.

"Oyen look. Comel tak keychain ni?" Tanya Nuri.

Tapi Oyen terus melompat mahu mencapai keychain itu. Barangkali geram sebab keychain tu dok berhayun ke kiri ke kanan.

"Aip tak boleh." Nuri menarik semula keychain itu ke arahnya dan di bawa ke dada. Sayang. Nanti karang tanggal sebab si Oyen ni.

Pagi tadi Tengku beri dia keychain ini. Macam biasalah. Tengku tak sweet. Bagi pun pakai lempar sesuka hati dia je. Cantik. Macam keychain yang dibuat sendiri. Bila Nuri tanya dapat dari mana, jawapannya mudah sahaja.

"Entah. Aku jumpa kat tepi jalan tadi."

Cis.

Nasib ada hadiah. Kalau tak memang dia jadi tak sweet kuasa tiga. Tapi apa-apa pun, Nuri sungguh berterima kasih dengan Tengku Rafael. Selama seminggu ini, Tengku betul-betul jaga dia. Tengku baik dengan dia. Bila badan dia panas, Tengku jaga.

Cuma bila dah sihat ni, Tengku Rafael jadi menyakitkan hati semula.

Huh! Typical of a Tengku Rafael.

Annoying is he and he is annoying.

Nuri memandang stor kecil di belakang rumah besar ini. Tak pernah dia nak jejak kaki di stor itu. Tapi dia pernah nampak Tengku masuk dalam stor itu. Petang lepas tu baru dia keluar semula.

Ada apa dalam stor tu?

"Oyen. Main dekat sini elok-elok ya." Nuri menggosok kepala kucing oren itu sebelum dia bangun dan mula mengatur langkah ke stor itu.

Eh. Tak kunci?

Haaa bagus.

Nuri melangkah masuk ke dalam stor itu. Serta merta matanya membulat melihat satu almari di hujung stor itu. Ternyata ini bukan stor. Ada lebih kurang sepuluh seni cantik daripada resin.

Resin art.

Seni yang selalu dia lihat hanya di youtube.

Dan yang uniknya, semua seni itu bertemakan nature. Ada haiwan. Dan tumbuhan.

Cantiknya.

Selalu tengok keindahan resin art dalam youtube sahaja. Tak sangka dapat lihat di hadapan mata.

Ada banyak barangan dan mesin di dalam stor ini. Err mungkin bengkel? Atau studio?

Nuri mendekati meja di tengah-tengah bengkel. Ada satu kotak daripada perspek. Nuri mengintai isinya. Warna biru gelap. Jadi Nuri tak pasti apa isi di dalam kotak itu. Lagipula sekelilingnya ditutup dengan kertas.

Wah. Tak sangka. Tengku Rafael bukan setakat hebat dalam seni melukis. Tapi seni seperti ini juga dia hebat sama.

Well yeah. He's gifted and talented for sure.

"Kau kat sini rupanya."

Nuri terus menoleh saat mendengar suara itu. Tersengih dia melihat Tengku Rafael. Dan Tengku Rafael sembunyi senyum melihat Nuri.

Lega Nuri sudah pulih.

"I don't know you're so talented for all these beautiful masterpieces." Nuri senyum lebar. Dia orang seni. Jadi dia memang suka gila dengan seni seperti ini.

✓ TENGKU RAFAEL LUTHWhere stories live. Discover now