🍁 •BAB 24•

63.8K 3.9K 196
                                    

NURI NAFEESA menelan liur melihat wajah-wajah tetamunya ketika itu. Dada rasa nak pecah. Serius. Dia rasa gementar sampaikan tangannya rasa berpeluh.

Kenapa walid tak beritahu yang keluarga Tengku Rafael nak datang?

"Saya Tengku Rafee Shah. Ini pula isteri saya, Raja Khaleeda. Maaflah sebab terburu-buru."

"Maaf ya. Tengku Rafael ni tiba-tiba je suruh kami datang untuk bawakan cincin dan rantai ini sebagai tanda untuk anak Encik Hidayat dan Puan Naziha." Raja Khaleeda senyum ramah sebelum menyeluk beg tangan LV di sebelahnya.

Satu kotak baldu merah bersaiz agak besar dan satu lagi kotak cincin merah baldu berbentuk hati dikeluarkan dan diletak di atas meja.

Nuri Nafeesa terkelu melihat isi kotak itu. Ada satu rantai emas halus dengan loket berbentuk bunga. Manakala kotak berbentuk hati itu pula berisi cincin emas yang sama cantik. Bersinar-sinar.

Apakah...

Puan Naziha dan Encik Hidayat berpandangan sesama sendiri.

"Sebenarnya macam ni, anak kami sudah siapkan semuanya. Kami pun tak tahu kenapa dia nak kahwin cepat-cepat. Jadi mengikut apa yang dia cakapkan, lusa, mereka akan bernikah memandangkan Encik Hidayat pun sudah setuju." Ujar Tengku Rafee dengan senyuman di bibirnya.

Puan Naziha dan Nuri Nafeesa terkejut mendengarnya.

Lusa?

Ya Allah!

Cepatnya.

"Puan Naziha jangan bimbang. Segala persiapan biar kami yang tanggung. Penginapan untuk keluarga Nuri Nafeesa pun sudah kami sediakan. Jadi maaf sebab terburu-buru. Ini permintaan anak kami sendiri jadi kami pun setuju. Benda baik buat apa nak dihalang." Ujar Raja Khaleeda bersama senyuman nipis di bibirnya.

Encik Hidayat dan Puan Naziha akhirnya menarik senyum jua. Rasa tenang hati Puan Naziha melihat kedua ibu bapa Tengku Rafael ini. Baik dan ramah sahaja orangnya walaupun dari golongan berada.

"Baiklah. Kalau ini yang terbaik untuk Nuri, saya setuju sahaja." Ujar Puan Naziha lagi.

Nuri Nafeesa terus gigit bibir bawah.

Ya Allah...

"TENGKU!" Tengku Rafael yang sedang diam duduk di atas pangkin di bawah pokok mangga itu terus memusingkan tubuh mencari pemilik suara yang memanggil namanya.

Terus tegak duduknya melihat Nuri Nafeesa yang melangkah mendekatinya.

"Ada apa?" Tanya Tengku Rafael. Kepala mendongak memandang sepasang mata yang bagai marmar kaca itu.

Nuri Nafeesa berdiri jauh dari Tengku Rafael. Nafasnya rasa tersekat-sekat apabila mendekati lelaki itu.

Trauma.

"Tengku gila ke? Kenapa Tengku mengaku yang Tengku..." Nuri Nafeesa terus pejam rapat matanya apabila perkataan itu berada di kepala. Tubuh mula menggeletar kecil.

"Nuri Nafeesa?" Tengku Rafael memandang lama bibir pucat yang menggigil kecil itu.

"Nuri?"

Nuri Nafeesa terus menggosok lengan yang terasa sejuk.

"Kenapa?" Tanya suara itu lagi.

Perlahan sahaja.

Tengku Rafael diam seketika. Kemudian dia melepaskan keluhan kecil.

"Aku ada sebab aku yang tersendiri tentang kenapa aku buat kerja bodoh tu. Ya. Mungkin bagi kau, aku bodoh sebab mengaku aku yang..." Tengku Rafael gigit bibir bawah.

✓ TENGKU RAFAEL LUTHWhere stories live. Discover now