🍁 •BAB 51•

92.5K 4.5K 1.8K
                                    

TENGKU RAFAEL memeluk tubuh. Diam dia memandang wajah Dhiah yang tersenyum lebar di hadapannya.

Perlahan-lahan dia menarik senyum nipis.

"Kalau kahwin kita nak tema warna apa? Saya suka warna purple. Kita guna tema purple ya." Ceria sahaja wajah Dhiah ketika itu.

Tengku Rafael hanya tenang mendengarnya.

"Nikah kita guna warna krim. Lepas tu majlis kahwin kita guna tema purple dan fairytale!"

Dhiah rasa gembira apabila Tengku bersetuju mahu berjumpa dengannya. Melihatkan senyuman di bibir Tengku Rafael, Dhiah yakin Tengku mahu berkahwin dengannya.

"Haa saya suka warna hitam. Hitam pun lawa juga kan..."

Tengku Rafael mahu membalas. Tapi pandangannya melekat ke arah gambar yang tergantung di dinding sana. Dia dapat lihat pantulan seseorang yang terdiam berdiri di tempatnya.

Nuri.

Tengku Rafael kembali membisukan diri sehinggalah dia melihat Nuri keluar dari restoran itu.

Tengku Rafael mendengus kasar. Mata kembali tajam menikam Dhiah.

"Aku tak suka warna ungu. Dan hitam? Seriously warna hitam? Kau nak kahwin ke nak buat kenduri arwah?" Bidas Tengku Rafael laju. Dia tahu Dhiah perasan akan Nuri tadi. Sebab tu tiba-tiba tukar topik pasal kahwin.

Senyuman di bibir Dhiah mati.

"Well listen to me carefully, my darling. Aku tak nak kahwin dengan kau. Aku jumpa ni bukan nak bincang pasal kahwin." Tengku Rafael tayang wajah tenangnya.

"Apa maksud Tengku?" Wajah Dhiah berubah.

"Aku beri kau masa dua puluh empat jam. Aku nak kau buat press conference untuk menafikan berita bodoh tu. Dan dalam masa empat puluh jam juga, aku nak kau minta semua wartawan, media dan sebagainya untuk padam semua kontroversi tak cerdik tu. Aku nak semuanya dipadam. Kalau selepas dua puluh empat jam ada tertinggal satu pun berita tentang hal tu, just get ready for any consequences." Tekan Tengku Rafael dalam setiap kata-katanya. Tegas dan garang. Dingin dan beku. Bagai betul-betul memaksudkan apa yang dia cakapkan tadi.

Dhiah terkelu mendengarnya. Seketika kemudian dia mendengus kasar.

"Oh. Mesti sebab isteri Tengku yang tak guna tu kan? Sebab dia ka..."

"Yes. And you've hurt her feelings. Don't make me hurt you for this Dhiah. Wake up. Your dream is absurd. I won't marry you." Tajam mata Tengku Rafael menikam wajah Dhiah.

"Kenapa Tengku? Apa yang ada pada dia dan benda tu tak ada pada saya?"

"Banyak."

"Name it then. Well i know i prettier. I sexier. And my family status is better than hers. She has nothing." Angkuh benar gaya Dhiah ketika itu.

Tengku Rafael ketawa sinis mendengarnya. Bunyi kelakar.

"Dia pakai tudung. Dia manis. Dia cantik. Dia lawa. Her eyes are gorgeous. Dia baik. Dia bukan kaki kikis. Mungkin dia jauh daripada model but i like her. She fits well in my embraces and i like it. Her lips is a killer. Her eyes is my favourites. She's a normal person. Ya. Keluarga dia bukan keluarga kaya dan hanya keluarga bersederhana. Kesederhanaan itulah yang membentuk seorang Nuri Nafeesa. Yang paling penting. Dia suka seni. Dia menghargai seni. Semua lukisan yang aku beri pada kau, dia simpan instead of throw it like a trash like how you did. She loves arts just like i do. And Nuri Nafeesa. She can be my mannequin. A breath taking one. She can be my portrait. A beautiful one. And she can be my poem. A heart touching one. She is an art itself and i love her in any way. Even with her flaws. I like her and that's it." Panjang lebar hujah Tengku Rafael dengan wajahnya yang cukup meyakinkan siapa sahaja yang mendengarnya. Sangat tegas dan penuh keyakinan.

✓ TENGKU RAFAEL LUTHWhere stories live. Discover now