🍁 •BAB 21•

58.2K 3.9K 269
                                    

TENGKU RAFAEL berlari keluar dari grand ballroom dengan mata yang meliar memandang lorong di kiri dan kanannya. Kosong. Dia mula rasa cemas. Rasanya baru tidak sampai seminit Nuri Nafeesa hilang dari pandangannya.

Mana ni?

Dengan rasa hati yang semakin berat dia melangkah ke meja receptionist.

"Sorry. May i ask you something? How can i contact with this hotel's security team?" Tanya Tengku Rafael sebaik sahaja dia tiba di meja receptionist.

"Security team? Wait a second. Emm Madam Lena. He's asking on how to contact with security team." Ujar pekerja yang agak muda itu. Seorang perempuan dengan tag nama berwarna silver mendekati mereka.

"Yes sir. Can i know why?" Tanya Madam Lena itu.

"My partner. I lost her. Something happens and i want to see CCTV records please."

"Wait a second sir." Madam Lena terus mengeluarkan satu kad hitam dengan gambar seekor harimau berwarna silver berkilat sebelum dia menekap kad itu di satu kotak hitam di dinding.

"Hello. This is receptionist. Someone need security team's help."

"Name?"

Madam Lena memandang Tengku Rafael semula.

"Your name sire?"

"Tengku Rafael Luth."

"Tengku Rafael Luth." Lapor Madam Lena.

"Name copy. Elevator two please."

Madam Lena terus menunjukkan lif nombor dua ke arah Tengku Rafael.

"This elevator will lead you straight to security team."

"Thank you." Tengku Rafael terus melangkah masuk ke dalam lif itu. Pintu lif tertutup. Dia sempat merasa kagum sesaat.

Tahap sekuriti hotel ini sangat tinggi.

Sangat.

Ting!

Tak sampai sepuluh saat, lif terbuka menandakan dia sudah tiba di destinasi. Sebaik sahaja pintu lif terbuka, satu figura perempuan bersut kemas berdiri tegak menantinya. Ada satu tag nama berwarna keemasan di dadanya. Perempuan itu membongkokkan tubuh sedikit. Tanda hormat.

"I'm Kasheeda. I will be in charge to help you. Come."

Tengku Rafael terus mengekor Kasheeda. Langkah kaki itu kemas dan berkarisma.

Kasheeda mengimbas kad hitamnya di sebelah pintu sebelum automatik pintu kaca itu terbuka sendiri.

"What you wish sire?" Tanya Kasheeda.

Tengku Rafael diam memandang sekeliling ruangan bilik rahsia yang luas ini. Gelap. Hanya ada cahaya-cahaya dari PC. Ada lebih kurang tiga puluh orang yang bersut kemas duduk tegak di tempat masing-masing.

"Five minutes ago. I want all sights from grand ballroom." Tenang sahaja gaya Kasheeda ketika itu.

"Yes miss!" Bergema ruangan bilik itu dengan suara pasukan sekuriti hotel ini.

Automatik satu skrin yang sangat besar bernyala di hadapan sana. Tengku Rafael mendecit kasar sebaik sahaja melihat lebih dari sepuluh footage dari luar grand ballroom dari angle yang berbeza.

"Her. Is it true?" Tanya Kasheeda.

Tengku Rafael terus menjatuhkan kepala saat melihat Nuri Nafeesa di skrin. Gadis itu kelihatan lemah bersandar di dinding. Tengku Rafael mengetap rahang.

✓ TENGKU RAFAEL LUTHWhere stories live. Discover now