🍁 •BAB 10•

57.4K 3.9K 178
                                    

AFHAM yang muncul dari pantri diam memandang wajah lesu Nuri Nafeesa. Mengantuk sangat gayanya.

"Nuri? You good?"

Nuri Nafeesa menarik senyum lebar sehingga kedua-dua matanya menjadi sepet.

"Okey je. Cuma mengantuk sikit. Ni nak buat kopi lah ni. Kasi segar sikit mata." Ujar Nuri Nafeesa. Tangannya mula mencapai cawan kaca di kabinet.

"Oh. So how your work with Tengku? Mesti best kan dapat bekerja dengan Tengku?"

Nuri Nafeesa terus buat muka mendengarnya.

"Best. Serooooonok sangat!" Nuri Nafeesa senyum. Penuh sarkastik.

Afham senyum sahaja.

"Nuri! Awak kat sini rupanya. Puas saya cari. Tengku Rafael panggil awak." Mella bersandar di pintu pantri dan melempar pandang ke arah Nuri Nafeesa dan Afham.

"Hmm yelah." Nuri Nafeesa menguap besar. Nasib baik dia sempat tutup mulut. Kalau tidak, malu je Afham tengok muka buruk dia bila menguap.

"Saya pergi dulu. Nah! Cik Mella ambillah. Minum." Nuri Nafeesa memberikan cawan berisi kopi panasnya di tangan Mella sebelum dia berlalu pergi.

Mella menggeleng kepala sebelum menyisip kopi panas itu sedikit.

"Uhuk!" Pahitnya!

Mella terus menjauhkan cawan itu dari bibirnya. Ini tak letak gula ke apa?

"Pahitnya." Komen Mella.

"Memanglah pahit cik Mella oi. Nuri Nafeesa belum letak creamer lagi. Ni creamer." Afham senyum sebelum menghulurkan satu paket kecil creamer ke arah Mella.

"Xie xie." Mella senyum mengangkat paket kecil di tangannya. Tanda berterima kasih.

Afham jatuhkan kepala. Seketika kemudian dia teringat sesuatu. Terus dia tepuk dahi.

"Kerja aku tak siap lagi!"

NURI NAFEESA melangkah mendekati meja Tengku Rafael dengan plan holder di tangannya.

"Selamat pagi encik boss." Sapa Nuri Nafeesa. Tanpa dijemput, punggung terus dilabuhkan di kerusi empuk di hadapan Tengku Rafael.

"Hmm. Pelan?"

Nuri Nafeesa terus meletakkan plan holder di atas meja. Tengku Rafael mengambil plan holder itu dan mengeluarkan pelan di dalamnya. Pelan baru itu dibuka.

Belum siap sepenuhnya tapi boleh tahan. Masih telus lakarannya.

Nuri Nafeesa menguap lagi sebelum melentokkan kepala atas meja Tengku Rafael.

"Baru pukul tiga pagi. Itupun dah melepek. Masa study dulu takkan tak pernah tidur lambat?" Sedas kau Tengku Rafael bagi. Tak sayang mulut betul.

"Hmm. Yela encik boss." Nuri Nafeesa angkat tangannya. Meminta Tengku Rafael berhenti membebel macam umi.

Talk to my hand!

Tengku Rafael menggeleng kepala. Nampaknya Nuri Nafeesa seorang yang sangat teliti. Sebab itu boleh hasilkan pelan yang kemas dan telus seperti ini. Tapi disebabkan terlalu telitilah, dia buat sampai pagi.

Aduhai budak ni.

"Tapi kenapa pelannya macam ada lain sikit? Kau tak ikut yang asal ke?" Tajam mata Tengku Rafael meneliti pelan itu.

Diam. Tiada respon.

"Nuri..." Tengku Rafael angkat kepala. Terus dia mendengus kasar sebaik sahaja melihat Nuri Nafeesa yang dengan selamba belayar di alam mimpi di hadapannya.

✓ TENGKU RAFAEL LUTHWhere stories live. Discover now