🍁 •BAB 56•

99.8K 4.3K 1.1K
                                    

"UMI! Kuali Nuri..." Kanak-kanak perempuan itu sudah cemas. Tersebek-sebek dia melihat kuali mainan berwarna pink yang sudah jatuh di dalam sungai.

Dia memandang keluarganya yang duk berbual sesama sendiri itu. Kemudian dia pandang pula kuali kesayangannya yang sudah berenang ke tengah sungai. Dia sayang kuali kecil itu kerana itu hadiah pemberian umi masa dia dapat nombor satu dalam kelas tahun dua tahun lepas.

Perlahan-lahan kaki pendek Nuri masuk ke dalam sungai. Dari cetek paras betis sehinggalah paras pinggangnya. Dan Nuri laju mencapai mainan kualinya tadi.

"Yay! Nuri dah dapat biebie!" Kanak-kanak itu menjerit keriangan sekaligus menarik perhatian keluarganya.

"Ya Allah Nuri kenapa pergi situ?" Wanita itu terus bangun dari duduk dan diikuti suaminya. Laju dia ke tepi sungai. Mahu menarik anaknya.

Kanak-kanak perempuan itu tersengih melihat wajah cemas ibunya. Kemudian dia melangkah mahu ke tepi pantai. Tiba-tiba kakinya tergelincir.

Bushhh!!!

"Nuri!!!"

Kanak-kanak itu dapat rasakan kesakitan di sikunya terhentak kuat di atas lantai sungai. Dia terus terkapar-kapar saat tubuh kecilnya mula dibawa air sungai yang deras itu.

"Adik!" Nadriel terus berlari ke dalam sungai. Mahu menarik adiknya. Tapi akhirnya dia terjatuh sama. Sempat dia memeluk tubuh kecil itu.

"Nadriel! Nuri!"

Laungan demi laungan memanggil kuat dua nama yang dibawa arus sungai itu.

"Ya Allah!"

Nadriel mula melaung nama Allah. Gerun apabila dia dan Nuri terus dibawa arus. Namun tangan memeluk erat tubuh kecil adiknya. Tak mahu melepaskan.

Bukkk!!!

Kepala Nadriel terhantuk pada batu. Gelap seketika. Pelukan di tubuh kecil adiknya melonggar. Nuri terkapar-kapar lagi.

Dan ketika itu, nafas kanak-kanak perempuan itu semakin pendek. Matanya semakin layu. Hidup terasa perit kerana tersedut air sungai. Dan di penghujung sungai, ada air terjun yang mencerun ke bawah. Dia dapat rasakan Nadriel dan dirinya jatuh dari cerun itu. Dua-dua ditarik graviti sebelum dia dapat rasakan belakang tubuh terhempas kasar di permukaan air.

"To...long!"







TENGKU RAFAEL mengintai lama wajah yang masih dalam lena itu. Cantik. Comel. Polos bagai bayi yang sedang tidur. Namun Tengku Rafael perasan akan kulit putih itu yang agak memerah sedikit. Laju tangannya menekap di pipi lembut itu.

Panas.

"Nuri?" Tengku Rafael menepuk lembut bahu Nuri. Mahu mengejutkan Nuri.

"Hmm." Balas suara serak itu dengan mata yang masih terpejam.

"Badan kau panas. Kau demam ke?" Tanya Tengku Rafael yang mula diterpa rasa risau.

Nuri menggeleng. Dia tak rasa pening pun. Dia cuma terlalu mengantuk sahaja.

"Tak abang. Nuri mengantuk je." Balas Nuri perlahan.

Tengku Rafael senyum. Suka mendengar Nuri memanggilnya seperti itu.

"Tapi badan kau panas. Kau betul tak apa-apa?" Tanya Tengku Rafael lagi.

Nuri jatuhkan kepala. Mata masih terpejam rapat. Tengku Rafael diam. Mata memandang lama wajah Nuri.

"Atau badan kau panas sebab aku?"

Nuri terus buka mata mendengarnya. Tidak terkelip mata saat pandangannya bersatu dengan sepasang mata gelap milik Tengku Rafael. Lama. Menyebabkan pipi Nuri semakin berbahang kepanasan.

✓ TENGKU RAFAEL LUTHWhere stories live. Discover now