🍁 •BAB 15•

56.9K 3.8K 354
                                    

TENGKU RAFAEL menggenggam erat fail di hadapannya.

Rais sudah mendiamkan diri di hadapan Tengku Rafael sebaik sahaja terpandangkan wajah tegang sahabat merangkap majikannya itu.

"Maksud kau..." Tengku Rafael diam. Hanya matanya sahaja yang menikam wajah Rais.

"Projek Blue Sea. Kita terlepas projek tu bulan lepas sebab Tyco Group menawarkan tawaran yang lebih baik dan berbaloi. And the worst thing is, Azri tiru lima puluh lima peratus idea asal kau. Dan kita sendiri tak tahu macam mana idea kita boleh leak. Macam yang kau minta, aku dah siasat semuanya. And it seem like..." Rais menelan liur. Membasahkan tekak yang mula kering sebab mata tajam Tengku Rafael yang mengalahkan anak panah itu.

Tengku Rafael menegakkan duduknya melihat wajah gelisah Rais.

"And..." Rais mengeluh saat mendengar nada suara Tengku Rafael yang mula berubah.

"And it seem like, Afham involve. Dia ada kaitan dengan kejadian ini. I've asked security company for a favour to check CCTV at all our building perimeters. Afham pernah pecah masuk pejabat kau." Lapor Rais. Wajahnya tenang. Tapi rasa debar dalam hati, hanya Allah sahaja yang tahu.

Tengku Rafael menggenggam penumbuk. Rahangnya diketap. Nafasnya memendek dengan dada yang mula berombak kasar.

"Ini rakaman kamera litar tertutup yang aku dapat dari team Raja." Rais meletakkan pendrive kecil berwarna hitam di atas meja mahogani Tengku Rafael. Itu satu-satunya bukti yang mereka ada.

Tengku Rafael mencapai pendrive itu.

Rasa amarahnya semakin membuak-buak. Projek mega dengan syarikat dari Jepun itu adalah salah satu projek yang sangat dia impikan. Mula-mula dia reda apabila pembentangannya tidak diterima dengan alasan,

"I have seen something similar like this. I'm sorry. I guess you're not creative and fit enough to handle my project..."

Rasa kecewa ketika itu, hanya Allah yang tahu. Betapa dia kecewa. Sedih. Rabak juga rasa hati. Tapi dia reda kerana mungkin ini bukan rezekinya.

Tapi sebaik sahaja mendengar laporan dari Rais tadi, dada tiba-tiba rasa berat. Rasa panas semacam sahaja hati ini.

Afham...

"AFHAM. Awak sihat tak?" Nuri Nafeesa melabuhkan punggung di kerusi hadapan meja kerja Afham. Wajah Afham bagai lesu, lemah tidak berdaya.

Afham senyum nipis.

"Saya rasa penat Nuri. Entahlah. Rasa macam nak give up dengan semua ni." Perlahan Afham mengadu rasa hatinya. Hidupnya asyik tak tenang sejak dua menjak ini.

"Bawa bertenang Afham. Tarik nafas. Hembus. Bawa bertenang okey? Awak kena kuat. Kita baru nak masuk tiga bulan setengah kerja. Masih terlalu awal nak mengalah. Awak dah sejauh ini. Takkan nak berundur? Jangan. Awak kena kuat!" Nuri Nafeesa senyum ceria. Manis sahaja wajahnya ketika itu.

Senyuman itu membuatkan Afham menarik senyum lebar. Nuri Nafeesa bagai ubat terapi. Bagai lilin aromaterapi yang menenangkan hati sesiapa sahaja disekitarnya.

"Saya dengar awak ada ambil projek besar bersama Tengku Rafael. Macam mana? Okey?" Tanya Afham. Rasa lapang sedikit dadanya dengan kehadiran Nuri Nafeesa.

Nuri Nafeesa terdiam namun bibir tersengih jua. Kata Tengku Rafael, yang tahu tentang hal ini selain dari kami hanyalah Rais. Macam mana Afham boleh tahu?

"So far okay. Alhamdulillah. Mana awak tahu?" Tanya Nuri Nafeesa.

"Saya terdengar Rais berbual dengan Tengku Rafael tentang hal itu. Beruntung awak. Sebab Tengku Rafael tolong. Saya ni susah sikit sebab Encik Rais agak kompleks orangnya. Dia pun banyak projek kena handle." Ujar Afham.

✓ TENGKU RAFAEL LUTHWhere stories live. Discover now