🍁 •BAB 65•

81.4K 4.2K 778
                                    

RUANGAN besar itu penuh dengan manusia-manusia. Riuh. Mujur Nuri dan Sabrina dapat duduk di barisan hadapan sekali. Rasalah VVIP sikit gitu. Lebih baik daripada duduk bersesak di atas sana.

Fuh.

Bingit betul.

Nuri tutup telinga apabila pengacara perlawanan ini duk terjerit-jerit hendak mengenalkan peserta pertandingan.

Nuri angkat kepala saat seorang lelaki yang diiringi dua lelaki bertubuh besar masuk dengan wajah penuh yakinnya ke dalam gelanggang oktagon di hadapan Nuri. Jubah di tubuhnya dibuka. Menayang badannya yang eww. Terlalu berotot. Mungkin perempuan lain suka badan macam tu tapi bukan Nuri. Nuri tak suka badan terlalu berotot macam tu. Lebih baik badan Tengku Rafael. Otot tubuh dia taklah berketul macam si Pedro ini. Tapi segala otot tubuhnya elok sahaja terbentuk. Nuri suka bila melihat otot-otot di tubuh Tengku bergerak. Sumpah helok gi...

Astaghfirullah!

Nuri terus menggeleng kepala. Tiba-tiba terbayangkan Tengku Rafael pula.

"... Our underworld king. Arheo Carlos Higa!"

Nuri tepuk tangan. Tapi selepas itu dia tutup telinga semula apabila perempuan di sebelah, di belakang dan di dalam arena besar ini mula menjerit lantang. Barangkali anak tekak mereka jadi gatal melihat Arheo yang megah buat grand entrance masuk ke dalam arena. Dan Nuri akui. Aura Arheo yang selalunya ceria dan tenang tiba-tiba rasa lain macam sebaik sahaja lelaki itu masuk ke dalam arena besar ini. Tiada senyuman di bibirnya seperti selalu. Wajahnya kosong tanpa sebarang emosi.

Perubahan yang sangat drastik dari Arheo.

"Sit well. Or die!"

Suara Vincen yang berbunyi di antara jeritan itu membuatkan Nuri menoleh sebelah. Ternyata ada seorang perempuan berambut pendek paras bahu dipaksa duduk di situ oleh Vincen. Nuri angkat kepala. Memandang Vincen dan perempuan itu bersilih ganti. Vincen dengan pandangan tajamnya. Gadis kecil itu pula dengan jelingan dan wajah angkuhnya. Tak padan dengan comel.

Nuri hanya diam sahaja. Kekasih Vincen kut. Fikir positif sahajalah.

"Look at that doritos body. Damn boy! He's perfect."

Suara perempuan berfangirling di belakangnya membuatkan Nuri hanya mampu geleng kepala. Aduhai. Saat itu memang fokus semua terkalih ke arah Arheo yang sudah melangkah masuk ke dalam gelanggang. Saat itu Nuri terpandangkan satu tatu melintang yang agak panjang di belakang tubuh Arheo.

"Tatu abang Sabby tu tentang apa?" Tanya Nuri separa berbisik di telinga Sabrina di sebelahnya.

"Entahlah kak. Sabby tak pernah ambil tahu pun tulisan tatu dekat belakang badan abang tu." Balas Sabby separa berbisik sama.

Nuri jatuhkan kepala. Mata dikecilkan cuba mengamati tulisan di belakang badan Arheo. Lama.

'I am a devil who wears gentleman mask and always armed.'

Nuri angkat bahu. Well. Arheo chose that tattoo for a reason right?

Nuri mula rasa mengantuk. Sebab dia tahu arena ini bukan tempat dia dan perlawanan MMA ini bukan cita rasanya.

Haih.

Nuri yang sedang melayan rasa tiba-tiba rasa diperhatikan. Laju Nuri angkat kepala memandang sekeliling. Tapi penonton di dalam arena ini terlalu ramai. Mustahil di boleh nampak kalau ada orang yang memerhatikannya. Nuri mendecit perlahan. Rasa tak selesa. Tapi Nuri cuba kalihkan perhatiannya ke arah Arheo yang mula berlawan dengan Pedro.

Pedro dengan wajah angkuhnya dan Arheo pula tenang tanpa emosi.

Tenang Nuri.

Ya Allah. Arheo boleh menang ke? Sebab si Pedro itu kelihatan lebih besar daripada Arheo.  Wajah Nuri mula berkerut saat Pedro menumbuk ke arah Arheo bertubi-tubi. Dan nyata Arheo lebih selesa bertahan. Tapi Pedro melayang satu tumbukan tepat ke rahang Arheo. Arheo tenang menyentuh lembut rahangnya. Tak sakit pun.

✓ TENGKU RAFAEL LUTHWhere stories live. Discover now