🍁 •BAB 44•

78.7K 4.3K 1.9K
                                    

RAIS diam memandang wajah Tengku Rafael. Serius. Tegang. Rais faham. Tengku Rafael risau gila apabila menerima gambar Nuri ketika Nuri berjalan-jalan cuci mata di pasar dari nombor tak dikenali semalam.

"Kau betul tak nampak orang yang ikut kau semalam?" Tanya Tengku Rafael lagi.

Rais menggeleng kepala sebagai jawapan.

"Aku fikir nak pujuk Nuri je masa tu. Tak ada niat nak usyar sekeliling. Last-last tu baru aku rasa ada orang ikut." Bidas Rais sinis.

Tengku Rafael mendengus kasar. Tak ada kerja ke orang tu sampai diikutnya Nuri ke sini?

Geram pula Tengku Rafael rasa.

"Kau masih rapat dengan Dhiah sebab eksperimen kau tu ke?" Tanya Rais tiba-tiba. Tengku Rafael ada beritahu dia yang dia masih rapat dengan Dhiah kerana dia mahu tahu jika lelaki tak guna itu akan mengapa-apakan Dhiah sama seperti Nuri.

Umpan.

Tengku Rafael terdiam mendengar pertanyaan itu. Ya. Dia akui dia jadikan Dhiah sebagai umpan. Itu salah satu sebab mengapa dia masih dengan Dhiah.

Tapi tiada. Tidak pula Dhiah diapa-apakan kerananya.

Kenapa Nuri?

Apa yang ada pada Nuri?

"So how?" Tanya Rais.

"Negative."

"So he knows something. Maybe he knows that Nuri will be your wife. Or he knows that you like her." Duga Rais.

Tengku Rafael julingkan mata.

"Jangan merepek Rais."

"Apa yang merepeknya. Aku cakap tentang benda betul. Kau ni sukakan Nuri ke tak? Jangan cakap yang kau masih suka Dhiah. Aku bunuh kau karang." Bebel Rais. Serius sahaja wajahnya memandang Tengku Rafael.

Tengku Rafael diam mendengar kata-kata Rais. Terlepas keluhan dari bibirnya.

"Entahlah. Aku tak tahu." Tengku Rafael terus menyisip kopi panasnya.

Diam seketika. Tengku Rafael dan Rais sama-sama tenggelam dalam fikiran mereka.

"Tengku?"

Sapa satu suara. Tengku Rafael mendongak. Rais yang baru sahaja hendak menyedut air jus epalnya turut angkat muka sama.

Siapa ini nyah!

Rais automatik rasa nak menyembur je jus epal kat muka tu. Semak betul.

"Dhiah? Awak buat apa kat sini?" Tanya Tengku Rafael. Sempat dia menjeling Rais yang sudah buat muka itu.

"Oh tak ada apa. Saya lapar." Adu Dhiah. Tanpa dijemput, dia terus tarik kerusi di sebelah Tengku Rafael.

"Pael aku balik bilik dulu." Rais. mencapai kunci di atas meja. Malas mahu berlama. Dia angkat punggung dan terus berlalu pergi.

Muak tengok drama.

Dhiah terus senyum lebar walaupun pelik dengan tingkah lelaki itu yang tiba-tiba angkat kaki sebaik sahaja dia labuhkan punggung. Ahh tak mengapa.

Lagi bagus. Boleh dia berdua dengan Tengku Rafael!

Tengku Rafael senyum nipis saat Dhiah memandangnya.

"Oh ya. Awak kata hari ni awak balik?" Tanya Tengku Rafael tenang.

"Err haah. Tapi saya rasa saya nak rehat sehari. Lagipun tempat peranginan ni lawa. Dua hari ni cuti saya tak sempat nak tengok-tengok kawasan kat sini." Ujar Dhiah bersama senyuman.

✓ TENGKU RAFAEL LUTHWhere stories live. Discover now