🍁 •BAB 37•

70.4K 3.9K 800
                                    

TENGKU RAFAEL memandang pelik suasana rumahnya yang sunyi sepi. Tiada bayang satu manusia pun. Nuri Nafeesa pun entah kemana dia menghilang pergi agaknya.

Seketika kemudian Tengku Rafael tersenyum senget sendiri. Tangan ligat melilit tie di lehernya.

Dia tahu Nuri larikan diri dari dia. Tu yang tiber pergi kerja awal hari ni.

Malu lah tu.

Tengku Rafael melangkah meja makan. Berkerut dahinya melihat tupperware berwarna kuning pink di atas meja. Sticky note yang melekat di atas tupperware itu di capai.

-Kalau Tengku tak sempat sarapan, Tengku bawalah bekal ni. Saya dah siapkan untuk Tengku.

Sekian,    
Nuri Nafeesa

Tengku Rafael buat muka.

"Apa barang bawa bekal." Gumam Tengku Rafael perlahan.

Ting!

Tengku Rafael terus memeriksa telefon bimbitnya apabila pemberitahuan mesej berbunyi menandakan ada mesej yang diterima.

Dari Dhiah?

Terus mesej itu dibaca.

- Good morning Tengku.
  Tengku free tak?
  Kalau free saya nak ajak lunchdate.
  Boleh?

Tengku Rafael terus menarik senyum nipis.







NURI NAFEESA yang sedang khusyuk melakukan pemeriksaan akhir terhadap pelan lukisannya mula rasa terganggu apabila mengenangkan wajah tenang Tengku Rafael yang selamba lalu di hadapan bilik pejabatnya.

Kepala digeleng laju.

Jangan di ingat lagi Nuri.

Jangan!

Nuri kembali tunduk memandang pelannya. Serius wajah cuba fokuskan diri terhadap kerjanya. Hujung belakang pensel di tangan dibawa ke bibir dan di gigit lembut.

Serta merta bayangan kejadian semalam yang me...

Oh tidak!

Nuri terus jatuhkan kepala atas meja. Dahi yang sakit bercium dengan meja tidak diendahkan kerana muka rasa tebal dan berbahang dengan rasa malu.

Aduh tak leh buat kerja lah kalau macam ni.

Nuri terus angkat punggung dan berlalu ke pantri. Nak amankan diri yang rasa tak reti nak tenang dari tadi.

"Eh?" Nuri terkaku saat terpandangkan seorang mak cik yang menyusun cawan-cawan di pantri. Serta merta Nuri menarik senyum saat mak cik itu memandang ke arahnya.

"Mak cik! Mak cik kerja kat sini ke?" Tanya Nuri ceria.

"Haah. Mak cik baru masuk kerja sini semalam. Mula-mula terkejut juga kenapa majikan kamu yang hensem tu tiba mai nak jumpa mak cik. Rupanya dia tawarkan pekerjaan di pantri ni." Ujar mak cik itu. Ada senyuman di bibirnya.

Nuri Nafeesa terangguk-angguk sendiri.

Wah. Serius lah Tengku Rafael buat gitu?

✓ TENGKU RAFAEL LUTHWhere stories live. Discover now