🍁 •BAB 46•

76.2K 4.2K 1.1K
                                    

TENGKU RAFAEL mengetap rahang melihat Nuri yang laju berlari pergi selepas sepasang mata berkaca itu memberitahunya tentang sesuatu.

Sesuatu apabila kecewa dan sakit bersatu.

Tapi dia diam sahaja.

Arheo cuba mengejar langkah Nuri. Tapi kaki pendek Nuri tiba-tiba macam panjang pula. Cepat pula menghilangnya.

Arheo kembali memandang Tengku Rafael tajam.

"Bruh?" Arheo menjeling ke arah Dhiah tajam sebelum kembali memandang Tengku Rafael dengan penuh tanda tanya. Wajahnya jelas menunjukkan yang dia sedang tanya...

'Bij, why this little shit is here?'

Macam biasa. Dah kenal sungguh dengan Arheo.

Tengku Rafael mendengus dan terus menolak Dhiah ke tepi. Agak kuat sampai Dhiah nak terjatuh. Mujur ada dinding jadi tempatnya berpaut.

Diam seketika. Lama. Semua terkedu melihat wajah tegang Tengku Rafael. Kalah rimau.

Tengku Rafael mencekak pinggang sebelum mendengus kasar. Tangan pantas menelefon Caspian.

"Dia dah keluar dari bangunan aku." Beritahu Tengku Rafael.

"When?" Tanya Caspian.

Tengku Rafael jeling jam tangannya.

"About seven minutes and twenty second ago."

"Oh. I will lost her then."

"Just find her can you?" Arah Tengku Rafael keras.

"Yeah. I'll try to catch up with her. Gotta go."

Dan talian diputuskan oleh yang di sana.

"Tengku saya..."

Tengku Rafael terus pusingkan tubuh dan memandang Dhiah tajam.

"Kenapa kau ada di sini?" Tanya Tengku Rafael. Dia suasana yang dingin ini, suara itu kedengaran sangat beku.

"Awak dah tengok gambar tu. So trust me. Awak tak boleh percayakan Nuri. Dia masih cintakan Irfan." Ujar Dhiah. Wajahnya sungguh 'sayu'. Mencuba memancing perhatian Tengku Rafael dengan tingkahnya.

"So what kalau dia masih cintakan Irfan? I don't freaking care because she's my wife. I'll be positive. Gambar tu gambar lama. That's it and now get lost!" Nada suara Tengku Rafael yang mulanya tenang berubah tinggi. Cukup membuat bulu roma orang-orang di sekitarnya tegak berdiri.

"Tapi tak guna dia isteri Tengku kalau dia masih cintakan lelaki lain? Macam mana Tengku nak teruskan hidup bersama orang yang langsung tak cintakan Tengku?"

Diam. Tengku Rafael hanya diam menjeling tajam wajah Dhiah dengan ekor mata. Bergerak rahang Tengku Rafael.

"Saya tahu. Tengku pun sukakan saya. Nuri sendiri yang beritahu saya tadi. Dia sendiri mengaku yang dia tahu Tengku sukakan saya." Ujar Dhiah lagi. Melihat kebisuan Tengku Rafael buatkan dia yakin lelaki itu mula jatuh percaya kepadanya.

"Lagipun saya ada bukti yang Nuri masih sukakan Irfan." Dhiah terus menyeluk beg tangannya. Telefon bimbit dikeluarkan dan gambar-gambar lama tadi ditayang di hadapan wajah Tengku Rafael.

Diam.

Lambat-lambat tangan Tengku Rafael mencapai telefon itu dan mula meneliti satu persatu gambar-gambar itu.

Gambar itu buatkan magma yang mula memanas tadi semakin berbahang membakar.

"Oh." Tengku Rafael angkat kepala. Kosong wajahnya memandang Dhiah semula.

✓ TENGKU RAFAEL LUTHWhere stories live. Discover now